Jika Bonucci Ke AC Milan, De Sciglio Pula Berpindah Ke Juventus!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Adakah AC Milan dan juga Juventus melakukan ‘kerjasama’ dalam diam?

Hal ini kerana dalam jendela perpindahan kali ini terdapat 2 perpindahan yang berlaku melibatkan 2 kelab ini secara 2 hala.

Pertama, kita saksikan perpindahan pertahanan utama Juventus iaitu Leonardo Bonucci ke AC Milan.

Sudahlah berpindah ke salah satu musuh Serie A mereka, dilantik menjadi kapten pula selepas itu!

Kini satu lagi perpindahan melibatkan 2 kelab bakal disahkan dalam masa terdekat.

Jika perpindahan Bonucci adalah dari Juventus ke AC Milan, kali ini ia adalah dari AC Milan ke Juventus.

Pertahanan Itali, Mattia De Sciglio dikatakan bakal melengkapkan perpindahan ke Juventus dari AC Milan dalam masa terdekat.

Menurut laporan di Itali, De Sciglio telah pun terbang ke China untuk bertemu dengan skuad Juventus yang berada di sana ketika ini.

Selepas itu, De Sciglio dikatakan akan terbang ke Itali untuk menjalani ujian perubatan pada hari ini untuk mengesahkan perpindahan beliau ke juara Serie A itu.

Selepas itu, beliau akan menyelesaikan perpindahan ini dengan menandatangani kontrak.

De Sciglio dikatakan mempunyai setahun lagi dalam kontraknya bersama AC Milan, namun begitu kelab tersebut sepertinya tidak berminat untuk menggunakan khidmatnya lagi.

Sumber:

  1. 90min (2017): Mattia De Sciglio Is in China to Meet New Juventus Teammates Ahead of Move From AC Milan; http://www.90min.com/posts/5279867-mattia-de-sciglio-is-in-china-to-meet-new-juventus-teammates-ahead-of-move-from-ac-milan