De Ligt Nafi Mata Duitan Dan Terkejut Pernah Ditolak Man. United Kerana Berat Badan

Pamain baharu Juventus, Matthijs De Ligt kecewa dengan tuduhan beberapa pihak bahawwa beliau menjadikan wang sebagai pertimbangan untuk memilih kelab baharu.

De Ligt diakitkan dengan banyak kelab sebelum memilih untuk menyertai kelab berpangkalan di Itali itu. Antara yang dikaitkan adalah Barcelona, PSG, dan Manchester United.

Juventus berjaya mendapatkan De Ligt dengan harga €75 juta. Beberapa laporan sebelum itu menyatakan kelab-kelab lain sukar untuk mempersetujui perjanjian dengan De Ligt kerana faktor permintaan gaji dan juga bonus ejen beliau.

PSG dengan terangan menuduh pihak De Ligt cuba memasukkan klausa pelepsan hanya €150 juta, seolah-olah membayangkan pemain itu mahu keluar dengan mudah pada masa akan datang.

PSG juga enggan membayar gaji yang diminta De Ligt, iaitu angka yang sama dengan Kylian Mbappe.

Oleh kerana banyak pesaing lain menarik diri, maka Juventus dilihat pilihan terakhir terbaik untuk De Ligt. Juventus cuba mengurangkan harga namun ditolak oleh Ajax yang berkeras dengan tanda harga €75 juta.

Sebelum itu, spekulasi harga De Ligt melambung sehingga €100 juta.

Bercakap kepada media ketika aksi pra musim, De Ligt menegaskan beliau tidak pernah menjadi wang sebagai isu dalam pemilihan kelab.

“Wang tidak memainkan peranan langsung dalam proses saya memilih kelab baharu. Mereka yang kenal dengan saya, tahu perkara itu.”

https://twitter.com/NigeriaNewsdesk/status/1153037967373426688

“Wang tidak akan pernah menjadi keutamaan. Setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing dan saya akan menghormatinya. Cuma kecewa kadangkala sesetengah orang mengeluarkan kenyatan begitu sahaja.”

De Ligt kemudian mendedahkan di dalam kariernya, ada sahaja yang menjadi faktor kenapa beliau gagal untuk menyertai sesuatu pasukan. Misalnya dahulu ‘scouting’ Man. United antara yang terawal mengesan bakat De Ligt.

Namun selepas itu mereka membatalkan hasrat mendapatkan beliau kerana risau beliau akan menjadi gemuk seperti ayahnya. Beberapa tahun selepas itu Man. United dalam persaingan untuk mendapatkan De Ligt.

“Setiap hari ada perkara yang baharu. Tiba-tiba, ayah saya dituduh terlalu gemuk, sebab itulah ada sebuah kelab itu [United] tidak mahukan saya. Itu membuatkan kamu berkata: biar betul?”

De Ligt mempertahankan Raiola yang dituduh ejen mata duitan. Menurut De Ligt Raiola ejen yang hebat dan berkaliber.

“Beliau ada banyak pengalaman. Beliau juga penjaga kepada bintang besar global yang lain seperti Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Mario Balotelli.”

“Saya rasa ada beberapa gambaran negatif tentang beliau di Belanda. Namun hakikatnya saya tak pernah mengalami perkara buruk seperti yang mereka laporkan.”

“Saya rasa, jika kamu tanya, adakah kesemua pemain di bawah kendalian beliau berpuas hati dengan khidmatnya? Mereka semua akan jawab ya.”

“Tidak penting untuk memikirkan apa yang orang kata tentang beliau. Yang penting adalah apa yang beliau lakukan untuk saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN