De Jong & Valverde: Pertembungan Dua Jeneral Muda Di El Clasico

Tujuh minggu selepas Barcelona dan Real Madrid sepatutnya bertemu dalam perlawanan El Clasico, akhirnya kedua-dua pasukan itu akan membuat perhitungan pada awal pagi esok di mana keputusan perlawanan tersebut akan menentukan pasukan mana yang akan mendahului carta La Liga pada perayaan krismas.

Pada awalnya perlawanan ini dijadualkan pada 26 Oktober lepas, tetapi telah ditangguhkan atas faktor keselamatan berikutan isu pergolakan di Catalunya disebabkan protes besar-besaran yang berlangsung di seluruh wilayah tersebut.

Kedua-dua pasukan memulakan musim ini dengan tidak begitu baik dan prestasi mereka telah mula meningkat sejak kebelakangan ini dan masing-masing kini terikat dengan 35 mata dan sedang menduduki tangga pertama dan kedua liga.

Bagi pemain-pemain ‘senior’ seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Karim Benzema dan Sergio Ramos, mereka tentunya sudah biasa dengan pertembungan dua musuh tradisi ini.

Maka tumpuan kini teralih kepada dua pemain muda iaitu Frenkie De Jong dan Federico Valverde yang akan menjadi watak penting di bahagian tengah bagi kedua-dua pasukan.

Frenkie De Jong

Pemain antarabangsa Belanda berusia 22 tahun ini merupakan tulang belakang kepada kecemerlangan Ajax pada musim lepas dengan membawa pasukan itu mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan menjulang kejuaraan LIga Eridivisie.

Dengan tag harga bernilai £65 juta, beliau tidak menunggu lama untuk membuktikan ianya merupakan satu pembelian yang berbaloi buat The Blaugrana selepas diturunkan dalam 15 daripada 16 aksi liga dan menjadi pemain paling banyak minit permainan di belakang Gerrard Pique.

Bekas pemain Barcelona, Andrea Orlandi menjelaskan corak permainan De Jong yang kemas di bahagian tengah telah mengetepikan beberapa pemain tengah berpengalaman lain seperti Sergio Busquet, Ivan Rakitic, Arthur Melo dan Arturo Vidal.

“Dia begitu hebat ketika memegang bola dan ketepatan hantarannya sentiasa melebihi 90%. Tetapi yang lebih penting adalah dia menambaha elemen fizikal di bahagian tengah Barca.

“Ia membuktikan beliau menjadi pemain yang sangat penting seperti mana kualiti yang ada pada Xavi satu masa dahulu dan De Jong telah mengembalikannya yang mana ia sangat diperlukan oleh pasukan.”

Federico Valverde

Gigih, serba boleh dan bijak mengawal bola. Boleh dikatakan kebanyakan kebolehan yang ada pada De Jong turut dimiliki oleh Valverde. Pemain muda Uruguay ini berpeluang untuk diturunkan dalam aksi El Clasico pertamanya sejak menyertai Los Blancos.

Valverde merupakan produk dari akademi Penarol, sebuah kelab yang berpangkalan di tempat kelahirannya, Montevideo, Uruguay. Beliau menyertai Real pada musim panas 2016 dan selepas beberapa tahun berkelana di Sepanyol, akhirnya beliau mula diberi peluang untuk membuktikan kualitinya.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mula meletakkan kepercayaan kepada pemain berusia 21 tahu ini pada penghujung musim lepas di mana beliau bermain dalam lima daripada lapan aksi terakhir. Malah sejak kebelakangan ini, beliau telah mencabar tempat dalam kesebelasan utama dengan pemenang Ballon d’Or 2018, Luka Modric.

Valverde sudah pun menjaringkan dua gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam 12 penampilan La Liga pada musim ini dan statistik itu ternyata lebih baik daripada De Jong (1 gol dan 2 bantuan jaringan).

Untuk bersaing dengan tiga pemain tengah terbaik dunia seperti Kroos, Modric dan Casemiro bukanlah sesuatu yang mudah untuk mana-mana pemain muda. Tetapi Valverde telah membuktikan beliau mampu mengisi ‘kelompongan’ yang Zidane cuba mengisinya dengan usaha mendapatkan Paul Pogba sebelum ini.

Persoalannya kini, di mana kedua-dua pemain muda ini akan beraksi dalam perlawanan El Clasico terakhir pada dekad ini.

Barcelona mungkin akan menggunakan formasi 4-3-3 seperti kebiasaanya dengan Busquet diapit oleh De Jong di bahagian kiri dan Rakitic di bahagian kanan.

https://twitter.com/SportsObama/status/1207059165966929920?s=20

Tetapi pengurus Barca, Ernesto Valverde mungkin juga akan menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan De Jong akan digandingkan dengan Rakitic, Arthur atau Busquet di belakang Messi, Griezmann dan Arturo Vidal serta Suarez sebagai penyerang tunggal.

Bagi kem Real Madrid pula, mereka telah pun kehilangan ayam tambatan, Eden Hazard yang dilanda kecederaan serius. Zidane kebiasaannya akan bermain 4-3-3 dengan Gareth Bale, Rodrygo dan Vinicius akan menjadi taruhan untuk digandingkan dengan Karim Benzema.

Bagaimanapun ketika perlawanan La Liga bertemu Valencia tempoh hari, Zidane telah membentuk bahagian tengah ‘diamond’ di mana Isco diberi peranan di bahagian depan dan Valverde di bahagian belakang.

Pemain-pemain Real menunjukkan respon yang baik dengan sistem tersebut dan ianya mungkin boleh digunakan dalam perlawanan menentang Barcelona.

Jadi sudah tentu agak mengejutkan sekiranya nama De Jong dan Valverde tiada dalam senarai kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN