De Boer: Philippe Coutinho Gagal Di Barcelona Kerana Messi

Philippe Coutinho

Sejak hadir dengan reputasi besar ke Barcelona, Philippe Coutinho yang meninggalkan kelab Liverpool untuk pasukan La Liga itu dilihat gagal untuk memenuhi jangkaan yang diberikan terhadap beliau.

Menurut laporan Empire of the Kop, legenda Barcelona iaitu Ronaldo De Boer mengatakan kejatuhan karier Coutinho yang kini diibaratkan melukut di tepi gantang.

Menurut De Boer, beliau mendapati prestasi Coutinho jatuh disebabkan oleh wujudnya pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi di dalam pasukan.

Kewujudan Messi dalam pasukan menyebabkan pengaruh Coutinho tidak begitu menyerlah dan bola jarang diberikan kepadanya.

“Saya rasa Coutinho adalah pemain yang dimana apabila berada di Liverpool, setiap bola akan diberikan kepadanya.”

“Dia berkemungkinan akan melakukan kerja yang sedikit, ianya seakan seperti tugas Messi di Barcelona.”

Kata De Boer, sesebuah pasukan tidak mampu untuk mempunyai dua pemain yang istimewa dan bermain di posisi yang khas. Ini pastinya akan menyebabkan sesebuah pasukan itu tidak seimbang.

“Jika sesebuah pasukan ada dua jenis pemain yang hampir sama yang mereka mahukan bola setiap masa dan ada posisi khas dalam pasukan, ianya akan membuatkan pasukan tersebut goyah.”

“Itu yang saya nampak dengan Barcelona, hanya ada satu sahaja perkara yang boleh dilakukan iaitu melibatkan Messi.”

De Boer tidak menafikan bakat yang dimiliki Countiho, tetapi beliau tidak rasa pemain itu adalah cebisan terakhir kepada cantuman yang diperlukan Barcelona.

“Beliau masih lagi pemain yang baik tetapi kadang kala tidak dapat untuk menyesuaikan diri dan mungkin kelab lain dapat membantu menaikkan semula kariernya.”

Coutinho kini bersama-sama Bayern Munich secara pinjaman, namun begitu kelab tersebut dan Barcelona sepertinya tidak mahu untuk meneruskan khidmatnya.

Baca juga artikel kami mengenai Philippe Coutinho:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram