DC United, Juventus Atau Fenerbahce Destinasi Pilihan Ozil?

Mesut Ozil Juventus

Mesut Ozil dilaporkan semakin hampir untuk menamatkan ‘kesengsaraannya’ di Arsenal apabila telah memulakan perbincangan dengan tiga kelab iaitu Juventus, Fenerbahce dan kelab Major League Soccer (MLS) DC United.

Pemain tengah Jerman itu hampir setahun tidak beraksi selepas ‘dibekukan’ sejak bulan Mac tahun lalu dan kontraknya akan berakhir pada Jun ini.

Sebelum ini DC United dikatakan menawarkan pelbagai pakej yang cukup menarik kepada pemain berusia 32 tahun itu dengan menjadikannya sebagai ikon baharu kelab tersebut.

Antaranya adalah usaha untuk mengembangkan jenama ‘M10′ serta mempromosikan perniagaan ’39 Steps Coffee’ milik Ozil di di dalam stadium.

Namun terdapat ura-ura mendakwa bahawa kelab gergasi Itali Juventus juga telah menyatakan hasrat untuk membawanya ke Turin yang mungkin pilihan yang lebih releven sekiranya Ozil mahu mengejar kejuaraan utama dalam saki-baki kariernya.

Bagaimanapun, tindakan pemenang Piala Dunia itu memuat naik gambar kenangannya di Istanbul dalam akaun Instagram telah membuatkan timbul pula spekulasi bahawanya ianya adalah ‘isyarat’ beliau akan beraksi bersama kelab Turki tidak lama lagi.

Bukan lagi rahsia, sekalipun dilahirkan di Jerman, Ozil amat berbangga dengan kebudayaan Turki kerana ia merupakan negara asal usul keluarganya selan turut mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Fenerbahce telah menjadi pasukan terawal yang memulakan usaha ntuk mendapatkan Ozil pada Januari ini.

Dalam satu temubual, pengurus Arsenal Mikel Arteta menolak khabar angin yang mendakwa kelab itu akan menamatkan kontrak Ozil lebih awal.

Maka penyokong Arsenal mula tertanya-tanya adakah pemain tengah kreatif itu akan kembali disenaraikan dalam skuad utama pada Januari ini.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mesut Ozil:

Mesut Ozil: Bukan Libatkan Saya Sahaja, Ini Masa Sukar Buat Semua

Peluang Untuk Kembali ‘Bernyawa’, Fenerbahce Usaha Dapatkan Ozil Januari Ini

‘Saya Akan Tetap Bersuara Demi Kemanusiaan’ – Ozil Luah Kekecewaan Disisih Arsenal

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply