David Moyes Dedahkan Kekuatan Di Barisan Tengah Kunci Kejayaan Anak Buah Tumpaskan Chelsea

David Moyes

Pengurus West Ham United, David Moyes percaya bahawa kekuatan bahagian tengah skuad bimbingannya pada perlawanan bertemu Chelsea malam tadi merupakan kunci kepada kejayaan menundukkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu.

Chelsea yang berkunjung ke Stadium London dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 1 seri dalam 7 perlawanan terakhir liga akhirnya terpaksa menelan kepahitan setelah dilihat bergelut untuk merobek gawang tuan rumah yang dikawal rapi Adrian.

Berbeza dengan West Ham United yang bergelut bagi keluar dari zon penyingkiran apabila kali terakhir menang dalam saingan liga pada 30 September setelah menang 1-0 keatas Swansea City.

Eden Hazard yang sering menjadi nadi penggerak buat Chelsea jelas buntu untuk mempamerkan ‘magis’ yang dimiliki beliau pada pertemuan menentang West Ham United ini.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 09: Eden Hazard of Chelsea is challenged by Winston Reid of West Ham United during the Premier League match between West Ham United and Chelsea at London Stadium on December 9, 2017 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

David Moyes berkata keputusannya untuk mengabaikan pemain yang akan mengawal ketat Eden Hazard dan memenuhkan kawasan tengah dengan Manuel Lanzini dijadikan sebagai pemain tambahan untuk membantu Mark Noble dan Pedro Obiang di bahagian tengah membuahkan hasil buat pasukannya.

”Saya sudah beritahu dalam sidang media pada Jumaat bahawa jika saya mempunyai seseorang yang saya fikir untuk mengawal ketat dia (Eden Hazard),” Moyes berkata dalam sidang media selepas perlawanan.

”Bila anda melihat sentuhan dan pergerakannya yang menakjubkan pada masa ini. Sesetengah daripada permainan, permainan penyerang berkembar fesyen lama, mereka akan saling bermain berdua,dia dan morata, sesetengah daripada permainan mereka sangat bagus.”

”Kami tidak fikir yang kami mempunyai pemain tersebut (untuk mengawal Hazard), jadi kami cuba untuk memenuhkan ruang di tengah padang sebanyak yang kami mampu.”

Dengan kemenangan 1-0 yang merupakan kemenangan ketiga musim ini diraih skuad bimbingan Moyes itu meletakkan West Ham United ditangga ke-18 bagi mencatatkan 13 mata selepas 16 perlawanan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN