David Moyes Dedahkan Beliau Berjaya Pujuk Kroos Sertai Man. United Pada 2014

Kroos

Bekas pengurus Manchester United, David Moyes berkongsi tentang perpindahan Toni Kroos yang hampir direalisasikan oleh beliau. Namun sayangnya, Moyes hanya menjadi pengurus di Old Trafford hanya 10 bulan dan selepas itu beliau digantikan dengan Louis Van Gaal.

Moyes mengakui beliau tidak diberikan sokongan lebih kuat oleh pengurusan tertinggi kelab dalam mendapatkan beberapa senarai utama beliau. Antara senarai utama David Moyes ialah Gareth Bale, Cesc Fabregas dan Leighton.

Selain daripada 3 nama di atas, Moyes juga mahukan Toni Kroos dalam pasukan beliau. Menurut Moyes, Kroos adalah pemain yang beliau kenalpasti akan menjadi pengganti utama Paul Scholes yang bersara.

Toni Kroos tidak mendapat tempat di Bayern Munich dan diarahkan mencari kelab baharu. Kroos adalah perancang tengah yang memiliki visi dan kualiti hantaran yang sangat baik.

David Moyes sangat serius dalam usaha beliau memburu Kroos. Beliau terbang ke Jerman untuk bertemu sendiri dengan Toni Kroos secara peribadi. Selepas bercakap dengan Moyes, Toni Kroos menyatakan beliau setuju untuk menyertai Man. United pada musim panas 2014.

Bercakap kepada talkSPORT, Moyes berkata: “Toni Kroos sudah setuju datang ke Manchester United dengan saya. Saya berjumpa beliau dan isterinya. Dan kami semua mencapai kata sepakat, ketika itu beliau masih di Bayern Munich.”

“Namun perjanjian itu hanya boleh dimuktamadkan pada akhir musim.”

Namun malangnya pada April 2014, David Moyes dipecat dan digantikan sementara oleh Ryan Giggs. Selepas itu Man. United melantik Louis Van Gaal selepas tamat Piala Dunia 2014.

Ketika Piala Dunia 2014, Toni Kroos cemerlang bermain untuk Jerman dan membantu negaranya menjulang Piala Dunia. Toni Kroos akhirnya memilih untuk menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan £22 juta.

Moyes yakin, jika beliau masih kekal ketika itu, Toni Kroos akan datang ke Old Trafford. Selepas menyertai Real Madrid, Toni Kroos berjaya menjadi antara pemain tengah terbaik dalam generasi beliau.

Seterusnya, David Moyes kecewa kerana tidak diberikan masa yang secukupnya di Old Trafford. Beliau berkata: “Adakah saya rasa saya tak diberikan masa yang cukup? Ya sudah tentu.”

“Saya pergi ke kelab seperti Man. United – menngantikan orang sehebat Sir Alex, dan hanya kekal 10 bulan sahaja.”

“Bagi saya ia tak cukup untuk merevolusi Manchster United, ianya perlukan sedikit evolusi, dan perlukan masa yang secukupnya.”

“Saya tidak datang ke sana dan menukar kesemua yang telah dilakukan oleh Alex Ferguson, tetapi ada banyak perkara harus diubah di kelab itu pada ketika itu.”

“Anda lihat apa yang berlaku di Chelsea dan Man. City, mereka telah melakukan perubahan mengikut peredaran masa. Manchester United menang [liga] ketika itu kerana mereka ada pengurus dan sekumpulan pemain istimewa.”

“Namun apabila berlaku perubahan, ianya memerlukan masa untuk berada di landasan yang betul. Saya rasa sehingga ke hari ini mereka masih dalam keadaan yang sukar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN