David Luiz: Saya Minta Kepa Arrizabalaga Hormati Keputusan Sarri

Kepa

Insiden penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga yang mencetuskan kontroversi apabila beliau tidak mahu mendengar arahan pengurus Chelsea, Maurizio Sarri supaya digantikan dengan Wilfredo Caballero telah menjadi tumpuan dunia.

Bagi yang menyaksikan kejadian tersebut, anda sudah pasti melihat pemain pertahanan, David Luiz menghampiri dan mengatakan sesuatu kepada penjaga gol berusia 24 tahun itu.

Menurut sumber Sky Sports, Luiz yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi tadi menjelaskan bahawa beliau meminta supaya rakan sepasukannya itu menghormati keputusan yang dibuat Sarri.

”Saya hanya mengatakan kepadanya bahawa kita perlu untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh pengurus pasukan.”

”Tetapi, saya tidak pasti jika pengurus mahu untuk membuat pertukaran kerana dia (Kepa Arrizabalaga) merasai kesakitan atau itu adalah keputusan taktikal.”

Dalam keadaan yang tidak begitu pasti, Luiz merasakan Sarri membuat keputusan tersebut kerana kecederaan yang dialami Kepa.

”Saya merasakan pengurus mahu membuat penggantian kerana kecederaan, dia tidak memahaminya.”

”Kepa memberitahu bahawa dia tidak apa-apa, dia baik-baik sahaja. Dalam permainan kadangkala anda tidak mempunyai banyak masa untuk menjelaskan sesuatu perkara, tidak mengapa.”

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 24: Kepa Arrizabalaga of Chelsea speaks with David Luiz of Chelsea as he refuses to be substituted during the Carabao Cup Final between Chelsea and Manchester City at Wembley Stadium on February 24, 2019 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Caballero ‘pakar’ sepakan penalti

Pada pandangan peribadi penulis, keputusan yang diambil Sarri adalah kerana mahu Caballero menggalas tanggungjawab Chelsea pada penentuan sepakan penalti.

Hal ini kerana menurut statistik yang dikeluarkan Mirror UK, daripada 38 sepakan penalti yang dihadapi penjaga gol kelahiran Argentina ini, beliau berjaya menafikan 11 daripadanya.

Bekas rakan sepasukannya di Manchester City, Vincent Kompany turut mengakui perkara tersebut dengan berkata:

”Saya tahu bagaimana bagusnya Willy Caballero ketika situasi sepakan penalti, kali terakhir kami memenangi penentuan sepakan penalti, dia yang membantu kami, jadi saya tidak mahu dia masuk. Ia tidak berlaku akhirnya.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram