David De Gea: Menjuarai Piala FA Masih Belum Cukup Buat Manchester United

David De Gea

David De Gea mengakui bahawa kejuaraan Piala FA masih belum cukup buat sebuah pasukan seperti Manchester United yang perlu mensasarkan sesuatu yang lebih besar dan baik.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol ini merasakan musim ini juga bukanlah musim yang baik buat United setelah The Red Devils hanya mampu untuk berada di tempat kedua Liga Perdana Inggeris dan tersingkir di peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah ditangan Sevilla.

Bercakap kepada Sky Sports, De Gea mengakui Manchester United perlu meningkatkan prestasi sekiranya mereka mahu merapatkan jurang dengan Manchester City pada musim hadapan.

”Ia belum mencukupi pada musim ini.”

”Cukup adil kita bertarung untuk berada di tempat kedua dan mengharapkan persaingan akan wujud sehingga perlawanan terakhir, tetapi kami tidak berjaya mencapai sasaran untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris.”

”Jelas sekali Piala FA sangat penting, satu trofi yang menarik untuk dimenangi dan kami akan bekerja keras untuk memenanginya.”

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 10: David De Gea of Manchester United celebrates his side’s second goal during the Premier League match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford on March 10, 2018 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Tetapi ia masih tidak mencukupi, kami adalah Manchester United dan perlu untuk mempunyai sasaran yang lebih besar dan baik, itulah yang selalu menjadi fokus kami.”

”Musim hadapan adalah musim baru dan kami perlu memperbaiki di beberapa kawasan.”

”Kami perlu berjuang untuk terlibat pada penghujung musim. Ia bukan sahaja Manchester City yang perlu kami lalui musim hadapan. Lima atau enam pasukan bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.”

Manchester United akan berkunjung ke Amex Stadium pada awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) bagi perlawanan ke-36 liga menentang Brighton dan David De Gea mengharapkan tiga mata penuh dapat diraih untuk mengesahkan kedudukan mereka di tangga kedua.

”Kami mahu menang pada malam Jumaat nanti (bertemu Brighton) dan mengesahkan kedudukan kedua secepat mungkin tetapi ianya masih tidak mencukupi. Kami tidak boleh memberikan sebarang alasan.”

”Kami ke sini untuk mencuba dan memenangi trofi. Para peminat dan individu di kelab ini layak mendapat sesuatu yang lebih baik dan itulah yang kami perlu lakukan. Bersaing untuk memenangi trofi besar.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN