David da Silva, Faisal Halim Tidak Cergas Untuk Berdepan JDT?

David da Silva Faisal Halim terengganu kl city 2021 jdt

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain dalam sidang media selepas aksi KL City FC menjelaskan kondisi David da Silva dan Faisal Halim untuk bertemu JDT.

Selepas dua keputusan seri, Terengganu kembali merekodkan dua kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan KL City. Kini mereka bakal berdepan juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu ini.

Jadi, bagaimana persediaan mereka? Adakah mereka memiliki keseluruhan skuad? Jika dilihat mereka sudah kehilangan khidmat dua pemain iaitu penjaga gol utama, Rahadiazli Rahalim dan juga pemain tengah, Azalinullah Alias yang cedera.

Kedua-duanya mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan menyertai Petrus Shitembi yang turut mengalami nasib yang sama selepas aksi pra musim.

Selain itu, selepas aksi pertama liga pada awal Mac lalu, Sang Penyu turut tidak dapat menggunakan kudrat penyerang import, David da Silva yang mengalami kecederaan. Beliau kini telah kembali dan telah beraksi dalam dua perlawanan terakhir.

Begitupun, menurut Nafuzi Zain, David da Silva belum mencapai tahap kecergasan yang sepatutnya dan masih memerlukan masa untuk mendapatkan prestasi sebenarnya. Beliau juga yakin dengan kualiti permainan pemain itu.

Ujarnya, “Kalau kita lihat, prestasinya dalam aksi pertamanya [berdepan Kedah] lebih baik. Keadaan David da Silva ini bukan betul-betul cergas lagi. Tetapi saya percaya padanya. Saya tahu apa kemampuan dan kebolehan David da Silva.”

“Apa yang penting buat saya, David da Silva akhirnya bermain dan ia bagus untuk kecergasannya. Dia habiskan aksi tadi [berdepan KL City] tanpa kecederaan,” jelasnya.

Semasa kehilangan pemain itu, Terengganu mempertaruhkan penyerang Terengganu FC II, Jordan Mintah dan pemain itu telah meledak empat gol dalam enam penampilan. Begitupun, Nafuzi Zain berkata beliau tetap mengutamakan David da Silva.

“Kita tahu David da Silva adalah penyerang berpengalaman dan bagi saya, dia adalah pemain yang terbaik. Bagi saya, dia sangat berkeyakinan tinggi. Cuma dia perlu sedikit masa untuk kembali cergas,” ungkap Nafuzi Zain lanjut mengenainya.

Bercakap tentang Faisal Halim pula, ujarnya, “Selepas aksi dengan Kedah, dia ada kecederaan. Kelmarin baru dia sertai sesi latihan jadi, keadaannya tidak begitu cergas dan 100 peratus lagi. Kita akan semak keadaannya sebelum bertemu JDT.”

Jika berjaya mengatasi JDT, Terengganu akan merapatkan jurang mata kepada hanya dua mata, namun jika JDT yang meraih kemenangan, mereka akan menjarakkan mata kepada lapan mata dan Kedah serta Penang FC juga berpotensi memintas mereka.

KREDIT FEATURED IMAGE: TFC

Baca lagi artikel lain mengenai Terengganu FC:

Mengapa Terengganu Ambil Risiko Kembalikan Jordan Mintah Ke TFC II?

Pendekatan ‘Tenang’ Nafuzi Jadikan Pemain Muda TFC Bersemangat Tinggi

Sah Tinggalkan Persebaya, Konate & Da Silva Semakin Hampiri TFC?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN