Datuk Seri Vida Mahu Kembali Ke Liga Malaysia Dengan Jadi Pemilik Perak

Datuk Seri Vida

Usahawan kosmetik dari Kelantan, Datuk Seri Vida dilaporkan begitu serius untuk mengambil alih sebuah pasukan Liga Malaysia iaitu Perak.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkira-kira untuk menceburkan diri dalam bola sepak tempatan buat kali yang kedua namun pengalaman lalu membuatkan dirinya perlu lebih berhati-hati.

“Saya perlu perhatikan pro dan kontra sebelum beli pasukan, jika kena caranya pasti saya akan beli,” kata Vida menerusi Utusan Malaysia

Vida menjelaskan yang usaha untuk mendapatkan Perak sudah dimulakan dan beliau tidak mengharapkan situasi menang-menang akan berlaku.

Hal ini kerana, padanya bola sepak Malaysia bukanlah sebuah industri yang boleh dibuat untung.

“Banyak perkara yang perlu saya fikirkan, bola sepak di negara kita bukannya sesuatu yang boleh menguntungkan saya.”

“Jadi, saya tak boleh berharap situasi menang-menang akan berlaku.”

Vida sudah lama menetap di Perak dan tidak hairan jika beliau mahu mendapatkan pasukan tersebut.

Usahawan tersebut sebelum ini pernah memiliki pasukan Kelantan pada 2015 hingga 2016. Semasa menjadi pemilik Kelantan, beliau diingati kerana mengecat Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu.

Selain itu, beliau turut mengubah warna utama jersi Kelantan kepada merah kepada merah jambu sambil boleh memutihkan kulit!

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia:

Hafizul Hakim Tidak ‘Terliur’ Dengan Peluang Ke Piala AFC

Pemilik Kelantan FC, Zamsaham Antara Yang Tampil Bantu Palestin Dalam Bentuk Crypto

‘Saya Tak Mahu Tengok Muka Dia Lagi’ – Presiden Sarawak United Anggap Sandro Sengaja Buat Kecoh

One Comment

Leave a Reply