Datuk Seri Najib Razak: ‘(Man. Utd) Menang Kan? Jangan Ingat Saya Tak Baca’

Semua peminat bola sepak tahu yang Datuk Seri Najib Tun Razak adalah peminat sejati Manchester United. Beliau sentiasa peka dan prihatin dengan pasukan kesayangan beliau itu.

Setiap kali ada perlawanan besar, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memuat naik tweet beliau. Dan seringkali penyokong-penyokong bola sepak ‘troll’ tweet daripada Datuk Seri Najib membawa petanda tak baik kepada Manchester United.

Sebelum ini, beliau muat naik status Facebook untuk perlawanan Manchester United menentang Liverpool dan megharapkan Manchester United menang 4-0.

Namun perlawanan tersebut United tak kalah, sebaliknya seri.

Kemudian, dalam perlawanan Manchester United menentang Tottenham, beliau turut memuat naik tweet sebelum perlawanan tersebut.

Ramai penyokong Manchester United menyakat Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak memuat naik ramalan perlawanan dalam perlawanan besar, dan ada yang tak sanggup untuk menonton perlawanan itu.

Namun Manchester United menang 1-0 ke atas Spurs.

Semalam, beliau memuatnaik tweet sebelum perlawanan di antara Manchester United dan Arsenal. Beliau sempat mengimbau memori perlawanan Manchester United dan Arsenal pada 1999 di mana aksi Ryan Giggs mencuri tumpuan.

Perlawanan semalam berakhir dengan kemenangan komprehensif Manchester United 3-1 di Emirates. Dan hari ini beliau mengambil kesempatan mengusik balik peminat-peminat bola sepak yang kerap troll beliau.

Pastinya penyokong menanti ramalan Datuk Seri Najib untuk perlawanan derbi Manchester pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN