Datuk Ong Kim Swee Bakal Sertai Sabah FA Musim Hadapan?

Ke manakah hala tuju Datuk Ong Kim Swee selepas sah tidak akan bersama skuad Bawah-23 tahun negara?

Sebelum ini Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kontrak jurulatih berusia 48 tahun itu tidak akan disambung selepas tamat Disember ini.

Kim Swee mulai mengendalikan skuad bawah umur pasukan negara sejak 2009, dan telah mengenalikan pasukan itu lima temasya Sukan SEA, Sukan Asia dan pelbagai pertandingan peringkat umur serantau yang lain.

DATUK ONG KIM SWEE
KUALA LUMPUR, 5 Dis– Ketua jurulatih pasukan bolasepak negara, Datuk Ong Kim Swee ketika sidang media selepas tiba dari Sukan SEA Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Namun kegagalan skuad Sukan SEA melepasi saingan peringkat kumpulan di Manila baru-baru ini menjadi punca utama kontrak beliau tidak lagi disambung selepas 10 tahun bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Ini adalah keputusan pihak pengurusan dan saya harus hormatinya. Saya ucapkan terima kasih kepada FAM. Buat masa ini saya tidak mahu lagi memikirkan mengenai masa depan saya.

“Saya terlebih dahulu akan memberikan tumpuan kepada kursus kejurulatihan pro saya akan datang. Pada masa yang sama saya mahu menghabiskan masa bersama keluarga sebelum memikirkan langkah seterusnya,” ujar Kim Swee mengeanai masa depannya sebelum ini.

Namun demikian melalui satu perkongsian di Facebook pada hari ini, Sabah FA seolah-olah memberikan bayangan persatuan itu sedang berusaha memancing jurulatih berpengalaman kelahiran Melaka itu.

Maybe? Just wait and see✌

Posted by Sabah Football Association on Friday, December 6, 2019

“Maybe. Just wait and see,” ujar mesej dari laman media sosial itu yang dikongsikan pada hari ini.

Bersama-sama mesej tersebut adalah artikel daripada sebuah akhbar tempatan bertajuk: “FAM Tidak Terburu-buru Cari Pengganti.”

Menariknya dalam artikel tersebut menyatakan Kim Swee akan menyertai skuad Tambadau selepas menamatkan kursus kejurulatihan pro yang akan dihadirinya.

Sebelum ini Sabah FA terpaksa menggantikan Jelius Ating sebagai Ketua Jurulatih selepas FAM mensyaratkan semua jurulatih pasukan Liga Super harus memiliki lesen kejurulatihan Pro.

Pembantu jurulatih skuad Sukan SEA Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto turut dikatakan berada di dalam radar Sabah FA untuk membawa cabaran pasukan itu di saingan Liga Super pada musim hadapan.

Kim Swee bukanlah watak asing bagi penyokong bola sepak di Sabah. Bekas pemain kebangsaan itu pernah menyarung jersi pasukan dari Borneo itu sekitar tahun 1994 sehingga 1998 ketika masih bergelar pemain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram