Datuk Hamidin: Kerjasama Negara Asia Penting Dalam Martabatkan Bola Sepak

Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menegaskan bahawa kerjasama erat yang dijalinkan dalam kalangan negara Asia menjadi elemen penting dalam memartabatkan bola sepak.

Datuk Hamidin yang juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023 mengulas perkara tersebut selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC di Vietnam.

“Ikatan hubungan keluarga bola sepak Asia penting dalam memacu bola sepak negara khususnya dalam negara serantau Asia.”

“Mesyuarat ini penting dalam mencapai kata sepakat bersama dalam usaha memacu bola sepak Asia dan persiapan menjelang Piala Asia 2023,” kenyataan yang dikeluarkan Datuk Haji Hamidin menerusi laman Facebook rasmi FAM.

Mesyuarat di Hotel Intercontinental, Da Nang itu telah dipengerusikan oleh Naib Presiden AFC, Saoud Abdul Aziz Al Mohannadi, yang juga merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Qatar.

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah pembangunan bola sepak khususnya bola sepak wanita, pengadil dan pentadbiran.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram