Datuk Haji Hamidin: Keputusan Diambil Untuk Kebaikan Semua

Datuk Haji Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menganggap segala tindakan dan keputusan yang diambil berhubung wabak COVID-19 yang semakin berleluasa itu adalah untuk kebaikan semua.

Mesyuarat khas yang dihadiri rakan kongsi Liga Malaysia bersama-sama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Sains Negara (ISN) dan penaja menyaksikan perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020, Liga Premier, Liga M3, Liga M4, Piala Belia dan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) pada hujung minggu ini bakal berlangsung tanpa penyokong.

Selepas itu berkuatkuasa 16 Mac, kesemua perlawanan akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan kemudian.

“Pihak kami begitu prihatin mengenai isu COVID-19 ini dan kami telah pun mengadakan mesyuarat khas yang turut dihadiri oleh pihak KKM, ISN, wakil-wakil penaja dan rakan kongsi liga bagi membuat satu keputusan bersama antara FAM dan MFL.

“Saya nak jelaskan bahawa keputusan yang diambil ini adalah untuk kebaikan pemain, pegawai pasukan, jurulatih, penyokong dan semua yang terlibat.

“Dan bermula Isnin depan, semua kejohanan ditangguhkan sehinggalah satu keputusan baharu dibuat atau keadaan beransur baik selepas mendapat nasihat daripada pihak KKM untuk kita mulakan balik saingan,” jelasnya.

Tambah Hamidin, keputusan untuk meneruskan juga baki perlawanan sehingga hari Ahad ini adalah selepas mengambil kira persiapan semua pasukan dan juga maklum balas yang diterima daripada Rakan Kongsi Liga untuk bersetuju meneruskan perlawanan pada minggu ini tanpa penonton.

Untuk itu, bagi pasukan yang akan beraksi pada minggu ini perlu mematuhi langkah pencegahan di stadium termasuklah melakukan saringan menggunakan alat pengesan suhu badan dan mewajibkan penggunaan pencuci tangan.

“Sebelum kita buat keputusan untuk meneruskan perlawanan pada minggu ini, kita telah mendapatkan reaksi daripada semua pasukan dahulu di mana mereka juga sudah melakukan persediaan daripada awal dan oleh sebab itu, kami mengambil langkah agar semua perlawanan berlangsung tanpa penonton.

“Ini termasuklah juga panggilan untuk skuad kebangsaan yang dibatalkan buat masa sekarang sehinggalah kes COVID-19 ini berkurang dan kita akan mengambil kira nasihat daripada KKM dari masa ke semasa”, tambahnya.

Sebanyak lima perlawanan CIMB Liga Super 2020 akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini manakala enam perlawanan bagi saingan Liga Premier.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN