Dato’ Iskandar, Ahli Politik Dan Penyokong Southampton Santai Yang Harus Anda Ikuti!

Umum sudah mengetahui kebanyakan personaliti terkenal negara kita memberikan sokongan kepada sesebuah kelab bola sepak Inggeris.

Di samping itu, ada sebahagian daripada mereka memaparkan sokongan kepada pasukan bola sepak di Liga Malaysia. Rasanya jarang ada yang bersikap lalang.

Datuk Seri Najib terkenal dengan keghairahan beliau kepada Manchester United. Manakala Ahmad Maslan pula pernah memakai jersi Arsenal.

Mereka mungkin ahli politik yang seringkali diaitkan dengan kehidupan yang lebih serius. Namun mereka sebenarnya tetap manusia biasa yang mencari hiburan termasuk dengan bola sepak.

Mungkin ramai ahli politik berprofil tinggi di sana fanatik juga dengan pasukan bola sepak. Kami tertarik dengan Dato’ Iskandar Abdul Samad merupakan seorang personaliti politik serta penyokong Southampton yang setia.

Meskipun kesibukan beliau dalam mentadbir parti dan negeri, beliau sempat memuatkan ulasan terhadap pasukan kesayangannya.

Ya, beliau betul-betul sangat konsisten. Beliau sendiri pernah tinggal di Southampton untuk menyambung pengajiannya. Berikut antara status Facebook beliau mengenai The Saints.

Hari ini, beliau juga sempat memuatkan kemaskini Facebooknya perlawanan Southampton menentang Arsenal dalam bentuk gurauan.

Menariknya, ramai tidak ketahui beliau merupakan penyokong Southampton pada mulanya. Malah dari kalangan ahli partinya sendiri. Tetapi, beliau ‘sporting’ menjawab persoalan kelab manakah disokongnya di Facebook.

Komited

Selain mentadbir parti dan negeri, beliau amat komited dengan ‘beautiful game’ ini. Beliau sendiri pernah menganjurkan pelbagai program terhadap bola sepak.

Antaranya pejabat beliau di DUN Chempaka bersama PKNS membuat kerjasama Klinik Bola Sepak. Difahamkan Klinik Bola Sepak ini sudah banyak kali diadakan.

Apa yang menarik beliau berkongsi cerita dan perkembangan Southampton seperti netizen biasa. Santai dan juga kerap.

Beliau juga tiada masalah jika anda melakukan cuitan troll kepada Southampton.

Beliau memberikan juga sokongan kepada pasukan Piala Sultan Selangor pada tempoh hari. Pernah juga beliau muncul beberapa kali di stadium untuk menonton perlawanan melibatkan Selangor.

Personaliti yang membuatkan beliau dekat di hati rakyat termasuk dalam urusan sukan. Pernah juga penulis dengannya bertukar-tukar idea di laman Facebooknya.

Tidak hairanlah beliau dihormati ramai pihak. Agaknya beliau ada impian tersendiri terhadap sukan.

Harus diingat, ahli politik memberikan sokongan tidak semestinya kerana untuk meraih populariti. Tetapi, ada yang memberikan sokongan kerana cinta terhadap sukan.

Baca juga: Alistair Edwards: “Fernando Torres Ke JDT? Maaf, Tidak Berlaku!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN