Dato’ Dr. Noordin Disambut Hangat 300 Penyokong FC Bari, Bakal Adakan Sidang Media

Lebih 300 penyokong yang memakai jersi dan mengibarkan bendera merah putih FC Bari menyambut kedatangan pemilik baru kelab mereka, Dato’ Dr. Noordin yang tiba di lapangan terbang Bari petang semalam (waktu Itali), menurut laporan akhbar tempatan EPolis Bari.

Sebelum ini kami melaporkan Dato’ Dr. Noordin melengkapkan perjanjian membeli 50% syer FC Bari daripada presiden kelab, Gianluca Paparesta.

Dengan syer sebanyak 50%, Dato’ Dr. Noordin kini merupakan pemilik saham majoriti dan akan bertindak sebagai pemilik FC Bari yang baru. 45% syer kekal milik Paparesta manakala 5% lagi milik usahawan IT Itali, Cosimo Giancaspro.

Disambut mesra Paparesta

Dato’ Dr. Noordin yang tiba di lapangan terbang pada pukul 6.30 petang waktu tempatan sambil ditemani oleh peguam Grace Iannarelli, telah disambut mesra oleh Paparesta dengan kalungan mafla FC Bari di lehernya.

Dato’ Dr. Noordin kemudian memberi ucapan ringkas kepada penyokong yang menyambutnya dalam bahasa Inggeris:

“Orang Bari sangat mesra dan baik. Saya terasa dekat dengan Bari. Saya gembira berada di sini. Forza Bari!”

Penyokong FC Bari kemudiannya menghadiahkan Dato’ Dr. Noordin mafla sebelum mengiringinya dari bahagian mengambil bagasi sehinggalah ke balai ketibaan, sambil menyanyi dan bersorak.

Dato’ Dr. Noordin dan Paparesta kemudiannya meminta penyokong untuk terus bersorak apabila pasukan mereka masuk Serie A nanti.

Pagi semalam (13 April 2016) media Itali melaporkan Dato’ Dr. Noordin di bandar Rom menghadiri perhimpunan Pope Francis di St. Peter’s Square sambil ditemani oleh pelakon Hollywood, Antonio Banderas.

bari1

Ada sesetengah penyokong FC Bari bergurau mengatakan Dato’ Dr. Noordin berada di situ untuk memohon restu daripada Pope Francis untuk pasukannya.

Dato’ Dr. Noordin dijadualkan bertemu dengan Datuk Bandar Bari, Antonio Decaro sejurus selepas tiba di lapangan terbang semalam.

Sidang media 

Pada pukul 5 petang (waktu Itali) hari ini, beliau dijangka akan mengadakan sidang media (sambil ditemani oleh Datuk Bandar dan peguamnya, Iannarelli) untuk menjelaskan pelan dan niatnya di FC Bari kepada umum.

Pada petang Sabtu, beliau dijangka akan berada di Stadium San Nicola untuk menghadiri perlawanan Serie B menentang pasukan tercorot liga, Como – perlawanan penting untuk mengesahkan promosi ke Serie A pada musim depan.

Baca juga: Pelabur Malaysia, Dató Dr. Noordin Ahmad Sah Beli Kelab Itali, FC Bari

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN