Darko Markovic Tinggalkan Melaka United Untuk Menyertai Kuala Lumpur

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) semalam mengumumkan kemasukan pemain import baharu bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu mengharungi saingan Piala FA dan baki perlawanan liga super yang akan datang.

Pemain tersebut ialah Darko Markovic yang beraksi dengan pasukan Melaka United pada musim ini dan akan menggantikan tempat Sylvano Comvalius yang ditamatkan kontrak.

Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Markovic telah menjaringkan dua gol dalam lapan penampilan bersama skuad Hang Tuah.

“Keserasian bermain di Liga Malaysia sudah pasti memberi bantuan kepada Darko untuk mempamerkan lagi kehebatan beliau. Lapan penampilan bersama bekas pasukan, beliau berjaya menjaringkan dua gol” kata kenyataan daripada KLFA.

Bagaimanapun terdapat khabar angin di media sosial yang mengatakan kelewatan pembayaran gaji oleh pengurusan Melaka United merupakan punca utama beliau angkat kaki untuk menyertai pasukan Kuala Lumpur

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, menjelaskan pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara itu sambil menganggap kehadiran Markovic itu sebagai satu bonus buat pasukannya.

“Dia sudah menamatkan kontrak dengan Melaka dan berminat untuk menyertai Kuala Lumpur, jadi kami menandatanganinya dengan harapan dia akan dapat beraksi dalam saingan Piala FA nanti,” katanya.

Nokman percaya kehadiran Markovic akan mengubah nasib Kuala Lumpur, yang sedang bergelut di tangga tercorot Liga Super selain melayakkan pasukan itu ke separuh akhir Piala FA.

“Peluang itu masih ada buat Kuala Lumpur dan Felda United.

“Kami perlu berusaha keras dan saya agak risau mengenai persefahamannya dengan pemain lain kerana dia baru masuk.

“Bagaimanapun, kami meminta dia untuk mencuba sebaik mungkin dan berharap kami akan kekal dalam Liga Super,” katanya dalam Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN