Dapat Pun Bruno Fernandes

Manchester United hampir mengesahkan perjanjian menandatangani Bruno Fernandes dengan bayaran yuran sebanyak £46.5 juta dan tambahan sebanyak £21.1.

Difahamkan £13 juta bayaran tambahan tersebut adalah untuk jumlah penampilan domestik dan Champions League. Baki £8 juta lagi akan dibayar jika Fernandes mendapat apa-apa pencapaian peribadi.

Walaupun bekas pemain tengah Sporting Lisbon itu masih belum menandatangani terma peribadi dengan United, media UK percaya ia hanya satu formaliti dan bakal dilakukan dalam masa terdekat. Fernandes dijangka akan menandatangani kontrak selama 4 tahun setengah dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Pendirian tegas United untuk tidak membayar £72 juta seperti yang diminta Sporting ternyata berjaya apabila kelab Portugal itu akhirnya mempersetujui harga yang ditawarkan mereka.

Jika pemain tengah 25 tahun itu menandatangani kontrak dengan United, ia akan menjadi suntikan tonik buat skuad Ole Gunnar Solksjaer. Pengurus United itu memerlukan pemain tengah berikutan kecederaan jangka masa panjang Scott McTominay dan Paul Pogba. Pogba bagaimanapun dijadualkan bakal menyertai latihan hujung Januari nanti.

Bruno Fernandes yang juga pemain tetap skuad kebangsaan Portugal, boleh beroperasi di beberapa posisi di tengah terutamanya posisi no.8 dan no.10. Pada musim ini, beliau sudah menjaringkan 14 gol daripada 28 penampilan kelab dan antarabangsa.

Embed from Getty Images

Dari segi gaya permainan, Fernandes merupakan pemain tengah yang mempunyai kualiti teknikal yang tinggi. Seringkali pemain yang berteknikal agak malas untuk turun bertahan. Tetapi tidak dalam kes Fernandes. Di Portugal, beliau terkenal kerana rajin membantu pasukan ketika hilang bola dan mempunyai stamina dan semangat yang tinggi.

Kualiti ini pastinya dapat membantu United yang dilihat terlalu bergantung kepada pemain muda pada musim ini.

United yang teruk dikritik pada musim ini masih tidak terlalu teruk prestasinya. Mereka hanya enam mata di belakang Chelsea yang menduduki tangga ke-4 liga, kini di pusingan ke-5 FA Cup dan pusingan ke-32 UEFA Europa League.

Esok pagi, United akan menunjungi Etihad Stadium untuk menentang Manchester City dalam perlawanan timbal balik separuh akhir Carabao Cup. City mendahului secara agregat 3-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN