Daniel Ting Bakal Perkuatkan Bek Kiri Kedah Darul Aman FC?

Daniel Ting PKNS FC 2018 Kedah 2021

Nampaknya, misteri ketiadaan bek kiri Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal terungkai dengan kemunculan nama pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting.

Sebelum ini, Kedah dilihat melalui kehilangan drastik untuk posisi bek kiri selepas membuat keputusan melepaskan Shakir Hamzah atas faktor tidak mahukan pemain import kedua di benteng. Selepas itu, secara mengejut, mereka melepaskan dua lagi pemain yang boleh bermain di posisi tersebut iaitu Alif Yusof dan Norfiqrie Talib.

Pada masa yang sama, Kedah dilihat mengalami kekurangan pemain di bek tengah selepas lagenda hidup, Khairul Helmi turut meninggalkan pasukan dan disertai oleh pemain meningkat naik, Irfan Zakaria, yang mahu pulang ke Kuala Lumpur City FC.

Untuk rekod, ratio bolos Kedah untuk lima musim, musim ini adalah yang terbaik iaitu 1.18 dan menyamai musim pertama mereka kembali semula ke Liga Super pada 2016, ketika dibawah bimbingan pengendali skuad kebangsaan kini, Tan Cheng Hoe.

Kedah telah mengumumkan kembalinya bekas pemain, Ariff Farhan Md Isa yang bermain di posisi bek kanan dan kiri. Mungkin barisan kejurulatihan mensasarkan beliau yang bakal mengisi kekosongan posisi tersebut. Ini kerana, untuk posisi bek kanan, Kedah sudah memiliki Rizal Ghazali dan juga bekas pemain, Fairuz Zakaria.

Secara tiba-tiba nama pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting telah muncul dalam khabar angin bakal menyertai pasukan selepas gagal mencapai kata sepakat bersama sebuah kelab di Lembah Klang. Dan menariknya, beliau merupakan bek kiri.

Daniel Ting juga boleh beraksi di posisi bek tengah (posisi nombor 4 dan 5). Untuk rekod, beliau pernah beraksi Liga Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Negeri Sembilan FC dan yang terakhir adalah bersama PKNS FC (kini Selangor 2) pada 2018. Umum mengetahui, Aidil Sharin sukakan pemain serba boleh sebegini.

Empat tahun lalu, ketika pertama kali di Malaysia, beliau pernah berkongsi harapan untuk mewakili skuad kebangsaan. Katanya, “Itu merupakan cita-cita saya sejak awal lagi. Ia merupakan satu kebanggaan untuk mewakili negara kelahiran bapa saya.”

Mungkin dengan menyertai Kedah, potensi untuk mendapat panggilan daripada skuad Harimau Malaya lebih baik buat Daniel Ting yang kini sudah berusia 28 tahun.

KREDIT FEATURED IMAGE: PKNS FC

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman FC:

Kedah Dikhabarkan Akan Kecilkan Skuad Utama Kepada 25 Pemain

Benarkah Rozaimi Abdul Rahman Sudah ‘Mendarat’ Di Kedah?

Stefano Lilipaly Mahupun Riko Simanjuntak Di Luar Radar Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN