Danial Asri Rasa Beruntung Beraksi Bersama Ifedayo Omosuyi

Danial Asri

Pemain Selangor, Danial Asri berasa dirinya amat beruntung kerana dapat beraksi dengan pemain yang cukup tajam di depan pintu gol iaitu Ifedayo Omosuyi.

Menurut Danial, beliau berasakan yang Ifedayo adalah seorang pemain contoh yang baik dan sentiasa memberi dorongan kepada dirinya untuk meningkatkan kualiti permainan.

“Ifedayo merupakan pemain yang banyak pengalaman dan sering beri tunjuk ajar kepada saya tidak kira ketika latihan mahupun perlawanan.”

“Dia tidak pernah marah sebaliknya sentiasa memberikan dorongan jika saya tersilap,” kata Danial menerusi laman rasmi Malaysian Football League.

Tambah Danial lagi, Ifedayo sering menyuntik semangat dalam dirinya agar beliau sentiasa percaya kepada corak permainannya sendiri.

Lebih dihargai

Personaliti yang ada pada Ifedayo membuatkan pemain muda seperti Danial lebih dihargai dalam skuad Selangor.

Ianya membuatkan jurang antara pemain senior dengan pemain muda, bintang import dan bintang tempatan tidak begitu besar.

“Saya sangat suka dengan suasana sebegini kerana khidmat pemain muda dihargai.”

“Saya berterima kasih kepada barisan kejurulatihan yang menurunkan saya walaupun saya masih muda.”

Setakat ini, Danial mencatatkan dua jaringan dalam saingan liga sewaktu menentang Penang dan Kedah Darul Aman.

Beliau kini lebih ‘berselera’ untuk mendapatkan lebih banyak gol selepas berjaya menemui jaring menentang dua pasukan utara yang juga antara yang terbaik dalam saingan liga ketika ini.

Danial Asri antara beberapa pemain muda yang sering diturunkan oleh Selangor selain Shahrul Nazeem dan Hein Htet Aung.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply