Dani Carvajal: Zinedine Zidane Lebih Bersedia Berbanding Sebelum Ini

Zidane

Persiapan pra-musim Real Madrid menjelang kempen 2019/20 mungkin sedikit meresahkan apabila Los Blancos hanya mencatatkan satu kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan setakat ini.

Keadaan itu mengakibatkan kredibiliti pengurus pasukan, Zinedine Zidane menjadi pertikaian susulan aksi kurang meyakinkan Real Madrid.

Sehubungan dengan itu, pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal tampil mempertahankan pengurus yang cukup sinonim dengan kelab gergasi Sepanyol tersebut.

”Anda dapat melihat bahawa Zidane adalah sangat penting, sebagai pemain dan juga ketika peringkat pertama selaku pengurus pasukan.”

Real Madrid’s Spanish defender Dani Carvajal advances with the ball during the UEFA Champions League Group H match between Apoel FC and Real Madrid on November 21, 2017, in the Cypriot capital Nicosia’s GSP Stadium. / AFP PHOTO / Jack GUEZ (Photo credit should read JACK GUEZ/AFP/Getty Images)

”Kini, pada peringkat kedua, saya mengharapkan dia sekali lagi menjadi individu penting. Saya merasakan dia lebih bersedia berbanding sebelum ini.”

”Ya, ia benar kerana sudah tentu dia memperoleh banyak pengalaman yang tidak dimilikinya sebelum ini.”

”Saya merasakan dia akan melakukan dengan sangat baik. Dia mempunyai penghormatan, kepercayaan setiap daripada kami (pemain) dan saya ini merupakan langkah pertama untuk melangkah dengan lebih jauh.”

Pada aksi pra-musim, Real Madrid tunduk kepada Bayern Munich (1-3), Atletico Madrid (3-7) dan Tottenham Hotspur (0-1). Satu kemenangan yang diraih adalah ketika menentang Fenerbahce (5-3). Sementara itu Los Blancos seri 2-2 sewaktu pertemuan menentang Arsenal di Amerika Syarikat.

Real Madrid akan bertemu Red Bull Salzburg dan AS Roma dan kemudiannya menghadapi aksi sulung La Liga bertemu Celta Vigo pada 17 Ogos.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram