Rasmi: Dani Alves Tolak Manchester City Untuk Sertai PSG Bukan Kerana Duit

Dani Alves mengubah keputusan beliau untuk menyertai PSG. Sebelum ini bintang Brazil tersebut mahu menyertai Pep Guardiola di Manchester City.

Dani Alves setuju menandatangani kontrak selama 2 tahun dengan kelab Paris tersebut. Dani Alves memberitahu yang beliau menyertai PSG bukan kerana duit, tetapi kerana mahu menjadi pemenang dengan kelab tersebut.

Alves dibayar £230,000 seminggu. Ianya hampir 2 kali ganda daripada apa yang ditawarkan Manchester City. The Citizen menawarkan £120,000 seminggu untuk Dani Alves.

Alves meminta maaf kepada Pep Guardiola, sekiranya keputusan ini melukakan hati pengendali dari Sepanyol tersebut. Alves berkata:

“Jika Pep dan Manchester City rasa terluka, saya minta maaf kerana saya datang ke sini untuk menjadi seorang juara.”

“Ada projek yang menarik di Paris, saya ada ramai rakan di sini, saya seorang lelaki yang sukakan cabaran. Saya sudah menikmati detik 3 kejuaraan UCL dan saya mahu membawa pengalaman saya untuk membantu kelab ini.”

Alves juga kagum dengan semangat PSG dalam beberapa tahun ini dalam usaha kelab tersebut menjadi kuasa bola sepak di Eropah.

Beliau teruja untuk menempatkan dirinya di dalam pasukan ini dan cuba membantu yang sebaik mungkin sepertimana yang selalu beliau lakukan kepada kelab-kelab beliau sebelum ini.

Dengan pemergian Alves ke PSG, Pep Guardiola kini akan mencari alternatif lain untuk mengisi posisi bek kanan dalam pasukan beliau.

Sebelum ini Guardiola sudah melepaskan Zabaleta dan Sagna daripada pasukan beliau.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram