Dani Alves Sebaris Atlet Elit Dunia Lain Selepas Bantu Brazil Raih Emas Olimpik

Siapakah atlet terhebat dunia pada har ini? Sukar untuk kita membandingkan kehebatan atlet dari pelbagai bidang sukan melainkan melalui pencapaian mereka.

Lupakan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Sekiranya pingat dan trofi yang diambil kira maka bola sepak boleh berbangga dengan pencapaian Dani Alves.

Ayuh kita lihat pencapaian Alves berbanding atlet-atet terkemuka dari sukan lain.

Dani Alves (bola sepak)

Dani Alves adalah definisi sebenar juara bersiri setelah meraih pelbagai jenis kejuaraan sepanjang kariernya. Tidak keterlaluan jika katakan Alves ibarat magnet kejuaraan, kerana mampu bergelar juara tanpa mengira pasukan yang diwakilinya.

Kejayaan Brazil menewaskan Sepanyol di perlawanan akhir acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik Tokyo bermakna kabinet bek kanan ini kini telah dihiasi dengan 43 kejuaraan dari pelbagai pertandingan.

Sepanjang karier profesionalnya, Alves pernah meraih kejuaraan ketika bersama Bahia, Sevilla, Barcelona, Juventus, Paris Saint-Germain, Sao Pulo dan negaranya Brazil. Kejuaraan terbanyak ialah ketika Alves berada di Catalonia, apabila beliau membantu Barcelona meraih enam kejuaraan La Liga, empat trofi Copa del Rey, empat Supercopa de Espana, tiga gelaran UEFA Champions League dan dua kali Piala Dunia Keab FIFA.

Tidak ada pemain lain di dalam bola sepak yang pernah memenangi kejuaraan seperti mana Alves pernah lakukan. Alves dianggap sebagai satu-satunya pemain yang telah memenangi segala-galanya di dalam bola sepak.

Michael Phelps (renang)

Perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps adalah olimpian paling berjaya di dalam sejarah dengan 28 pingat yang dimenanginya. 23 daripada pingat tersebut adalah emas, tiga lagi perak, dan dua gangsa.

Sukan Olimpik 2016, Phelps tampil sebagai pemenang pingat emas tertua di dalam sejarah acara renang di Sukan Olimpik.

Pingat emas pada 2016 itu juga menjadikan Phelps perenang pertama meraih pingat emas empat kali berturut-turut dalam acara yang sama.

Beliau juga pemegang rekod terbanyak iaitu 39 rekod dalam acara renang.

Michael Jordan (bola keranjang)

Michael Jordan memimpin Chicago Bulls melalui tempoh terbaik dan paling berjaya mereka dalam sejarah pada 1990 an, dan menjadi pemain bola keranjang yang membolot semua hadiah kemenangan yang diwujudkan.

Ketika masih aktif, Michael Jordan telah membolot enam kejuaraan NBA Championships, enam anugerah MVP NBA di perlawanan akhir, lima anugerah Pemain NBA Paling Bernilai selain 14 panggilan untuk NBA All-Star, dan merupakan peraih mata tertinggi dalam 10 kejohanan NBA.

Serena Williams (tenis – wanita)

Serena Williams telah mendominasi acara tenis wanita untuk bertahun lamanya, merangkul 23 kejuaraan Grand Slam.

Ia adalah jumlah kejuaraa terbanyak  pernah dimenangi oleh mana-mana pemain tenis wanita.

Tidak cukup dengan itu, Serena turut mempunyai 14 gelaran Grand Slam untuk acara beregu yang dimenanginya bersama adiknya Venis, dan lima kejuaraan di WTA Tour Championships.

Melengkapkan kehebatan pemain tenis ini ialah empat pingat emas yang dimenanginya termasuk tiga daripadanya diraih bersama Venus dari acara beregu.

Roger Federer  (tenis – lelaki)

Acara tenis lelaki telah menghasilkan ramai pemain terhebat dunia seperti Pete Sampras, Andre Aggasi, John McEnroe, dan ramai lagi. Namun demikian pencapaian Roger Federer berada di dalam kelasnya tersendiri dengan 103 ATP, termasuk 20 gelaran Grand Slams yang dimenanginya.

Buat masa ini rekod 20 Grand Slams dikongsi bersama Rafael Nadal dan Novak Djokovic. Begitu juga dengan enam final ATP. Ini menunjukkan betapa kompetitifnya acara dunia tenis lekaki pada hari ini.

Selain itu Federer turut pernah berada di kedudukan teratas ranking ATP selama 310 minggu, selain rekod 237 minggu secara berturut-turut berada di kedudukan No.1. Federer juga bergelar juara dunia sebanyak lima kali.

Jack Nicklaus (golf)

Jack Nicklaus adalah pemain golf profesional dengan paling banyak kejuaraan sepanjang zaman.

Sepanjang kariernya, Nicklaus telah memenangi 18 kejuaraaan.

Tiger Woods pula berada di belakang dengan 15 kejuaraan utama, dengan kejuaraan terakhir diraih dari kejohanan Masters pada 2016.

Nicklaus juga menjuarai kejohanan PGA sebanyak lima kali, rekod yang dikongsinya bersama Walter Hagen.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN