D. Saarvindran Yakin Terengganu FC Tempat Yang Sesuai Buatnya

saarvindran terengganu fc liga super 2020

Demi memburu tempat dalam skuad kebangsaan, pemain sayap menyerang, D. Saarvindran akhirnya memilih untuk keluar daripada kepompongnya di Johor Darul Ta’zim (JDT) dan telah mencuba nasib dalam sesi percubaan bersama skuad Terengganu FC.

Berkelana ke Kuala Terengganu tanpa jaminan tempat, Saarvindran yakin dengan kemampuannya untuk memikat barisan kejurulatihan Terengganu dan mungkin akan menawarkan kontrak kepadanya.

Terbukti, pengendali pasukan, Nafuzi Zain ketika ditanyakan oleh Semuanya BOLA baru-baru ini, menyatakan beliau telah berminat dengan kemampuan Saarvindran semasa dalam sesi latihan.

Selain itu, kemampuannya bermain di bahagian sayap kanan dan kiri telah memberikan kelebihan buatnya kerana posisi tersebutlah yang memberi masalah buat Sang Penyu pada musim lalu.

Yakin yang Terengganu mampu meningkatkan permainannya, pemain kelahiran Selangor ini juga mahukan pengalaman baru.

“Saya mahukan cabaran baharu dan saya mahu bermain bersama skuad kebangsaan. Untuk meraih sasaran itu, saya memerlukan pasukan yang mampu untuk meningkatkan permainan saya.

“Saya percaya permainan saya sesuai dengan Terengganu dan saya yakin mampu memberi impak kepada pasukan,” jelasnya sambil menyatakan beliau akan bekerja keras meraih kesebelasan utama.

Berusia 27 tahun, Saarvindran tampak gagal memecah masuk ke skuad utama JDT, malah tiada tempat buatnya juga di JDT II sepanjang tiga tahun dirinya menyarung jersi Harimau Selatan.

Begitupun, bekas pemain Harimau Muda dan Pahang ini yakin pengalamannya sebelum ini telah mematangkan permainannya untuk beraksi dalam kempen Liga Malaysia musim depan.

“Saya seorang pejuang dan saya akan bekerja keras mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Ia seakan-akan sukar dengan pemain-pemain muda yang berada dalam pasukan ketika ini. Tetapi saya akan hadapi cabaran tersebut,” tuturnya.

“Saya perlu berterima kasih kepada pihak pengurusan pasukan kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada projek ini,” memetik kenyataannya dalam The Star.

Menurutnya lagi, Terengganu boleh dianggap pasukan bukan pilihan tetapi mampu memberikan kejutan dalam saingan liga musim depan jika dilihat kepada persediaan dan senarai pemain seperti kapten, Lee Tuck dan maestro, Sanjar Shaakhmedov.

Dalam aksi persahabatan malam tadi, Saarvindran telah berjaya meledak satu gol bagi membantu Terengganu untuk terikat 3-3 menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Kredit Foto: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN