Cuai Jadi Punca Real Madrid Dimalukan Kelab Moldova

Real Madrid

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mendedahkan beliau kecewa kerana pasukannya gagal menewaskan Sheriff Tiraspol dalam aksi UEFA Champions League (UCL).

Kelab Moldova itu meneruskan kejutan dalam saingan Eropah, kali ini dengan menewaskan Real di laman mereka sendiri.

Kecuaian sendiri

Melihat pasukannya tewas dengan kelab kerdil, Ancelotti mendedahkan yang dirinya berasa hampa kerana pasukannya cuai dalam perlawanan tersebut.

Memetik laporan Football Espana, Ancelotti mendedahkan yang pasukannya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada butiran-butiran kecil atau small details yang boleh memberikan mereka tiga mata.

Ditambah pula dengan ketumpulan barisan serangan, ianya memberikan lagi lebih sebab kepada Real untuk tumbang di laman sendiri.

“Kami bermain dengan intensiti dan juga komitmen. Kami kalah kerana [cuai dengan] perkara-perkara kecil.”

“Pasukan bermain dengan baik, cuma tidak begitu tajam ketika di bahagian serangan. Susah saya nak terangkan perkara ini.”

Ancelotti mendedahkan yang beliau lebih berasa sedih berbanding risau dengan keputusan ini.

Hal ini kerana, beliau tahu yang pasukannya bermain dengan cemerlang cuma tidak menyudahkan peluang yang ada.

Pengurus berbangsa Itali itu juga memuji kualiti yang ada pada Sheriff yang mengambil setiap peluang yang ada.

“Sheriff bertahan dengan baik dan mereka tahu macam mana nak buat keputusan bijak terutamanya melibatkan perkara kecil.”

Moldova ‘mendonia’!

Selepas dua perlawanan, Sheriff mengungguli kumpulan D UCL selepas mengutip dua kemenangan.

Mereka mengatasi Real ditangga kedua yang mengutip tiga mata selepas menewaskan Inter Milan pada perlawanan pembukaan.

Sementara Inter dan Shakhtar Donetsk masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat kumpulan selepas mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri semalam.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply