Kerana Cuai, Juan Cuadrardo Terbocor Jersi Juventus Untuk Musim Depan Di Twitter

Ia sudah menjadi trend dan ikutan pasukan bola sepak terutamanya di Eropah untuk mendedahkan jersi baharu mereka untuk musim hadapan beberapa perlawanan sebelum tamat musim sebelumnya.

Pasukan seperti Liverpool sudah pun mendedahkan jersi terbaharu mereka dan beberapa lagi pasukan bakal menyusul tak lama lagi.

Di Itali, pasukan Juventus juga telah ‘melancarkan’ jersi terbaharu mereka untuk musim hadapan.

Ia ‘dilancarkan’ oleh pemain mereka yang merupakan pemain pinjaman iaitu Juan Cuadrado.

Semuanya bermula selepas Cuadrado termuat naik gambar beliau di laman Twitternya.

Dalam gambar tersebut, beliau memakai jersi baharu pasukan Juventus yang bakal disarung pada musim hadapan.

Di jersi tersebut kelihatan logo baharu Juventus yang telah dilancarkan satu masa dahulu. Logo baharu tersebut bakal menggantikan logo sedia ada.

Selepas memuat naik gambar yang mempunyai jersi tersebut, Cuadrardo yang mula sedar akan kesilapan beliau dengan segeranya memadam gambar tersebut.

Cuadrado dikatakan bakal diikat secara tetap oleh Juventus, namun sumbangan beliau musim ini sedikit tidak menepati jangkaan yang dimahukan.

Jadi apa pandangan anda mengenai jersi baharu ini?

Baca juga: Zainal Abidin Hassan Fokus Cari Pemain Baharu Untuk Pulau Pinang Jendela Perpindahan Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN