Crystal Palace Berang Dengan Bidaan £40 Juta Arsenal, Zaha Minta Kelab Lebih Realistik

Saga perpindahan Wilfried Zaha ke Arsenal terus menjadi bualan hangat.

Terbaru, David Ornstein menyatakan Crystal Palace berang dengan bidaan £40 juta dari Arsenal untuk Wilfried Zaha. Ianya separuh daripada tag harga £80 juta diletakkan oleh Palace ke atas pemain tersebut.

Palace merasakan bidaan Arsenal itu hanyalah cubaan dengan motif jahat untuk mengganggu Wilfried Zaha – supaya pemain itu hilang fokus kepada kelab. Seterusnya mendesak perpindahan ke Arsenal, dan ini secara tak langsung akan membuatkan ada potensi potongan harga yang besar pada perpindahan.

Crystal Palace’s Wilfried Zaha and manager Roy Hodgson during the Premier League match at the Kirklees Stadium, Huddersfield. (Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

Crystal Palace menganggap ia satu taktik yang kotor oleh Arsenal dengan melancarkan bidaan yang sangat rendah daripada tanda harga yang diletakkan.

Palace sebelum ini berjaya menjual Aaron Wan-Bissaka dengan nilai £50 juta. Dan mereka tidak mahu kehilangan 2 pemain terbaik mereka dalam 1 jendela perpindahan. Oleh itu Palace meletakkan harga yang dianggap terlalu tinggi – sebagai tanda Wilfried Zaha bukan untuk dijual.

Selepas Arsenal melakukan bidaan £40 juta, abang Wilfried Zaha terus membuat kenyataan terbuka bahawa beliau mahu Palace mempertimbangkan tawaran Arsenal, dengan mengambil kira jasa Wilfried Zaha di kelab tersebut.

Selain itu, abang Zaha juga memberitahu, Wilfried Zaha telah lama berimpian beraksi untuk Arsenal – kelab yang beliau sokong sejak kecil dan mahu bermain di pentas Eropah.

The 4th Official pula melaporkan bahawa Wilfried Zaha mahu bertemu dengan Steve Parish – Pengerusi Crystal Palace – untuk memohon dijual ke Arsenal.

Zaha juga mahu mendesak agar Parish menurunkan tanda harga beliau ke satu angka yang lebih munasabah.

Koresponden BBC, David Ornstein merasakan bahawa Arsenal seharusnya mempertimbangkan sebaiknya usaha mahu mendapatkan Zaha jika mereka tidak mampu membayar harga yang tinggi.

Ketika ini, Arsenal juga sedang berusaha untuk memperbaiki tawaran bagi mendapatkan Kieran Tierney yang turut menjadi sasaran pasukan seperti Napoli.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram