Sains: Cryotheraphy Ataupun Mandi Ais Yang Penting Untuk ‘Recovery’ Dalam Bola Sepak

Cryotheraphy ataupun mandi ais dalam sukan bola sepak adalah sangat penting. Ianya juga dikenali sebagai cryotherapy.

Cryo adalah istilah yang berasal daripada bahasa Yunani merujuk kepada sejuk. Jadi cryotherapy diertikan sebagai terapi sejuk.

Cryotheraphy ataupun mandi ais dalam bola sepak ini dilakukan selepas bermain bola sepak. Ianya adalah perkara yang sangat biasa untuk para pemain dalam proses pemulihan ataupun recovery.

Neymar dalam satu temu ramah beliau baru -baru ini menjelaskan kenapa beliau benci dengan bentesan keras. Namun beliau perlu menjalaninya.

“Saya benci dengan kesakitan kerana ianya akan membuatkan saya terpaksa tinggal dahulu untuk terapi ais kemudian meluangkan masa di bilik rawatan selama 2-3 jam.”

“Sedangkan yang lain sudah pulang ke hotel”

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Neymar of Brazil in action during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Fred Lee/Getty Images)

Frank Ribery antara pemain yang menganggap Cryotheraphy ataupun mandi ais ini sebagai teman baik dalam kariernya.

Dia adalah pemain yang perlu diuruskan sebaik mungkin kerana ada rekod kecederaan berulang.

Dengan teknologi semakin canggih, untuk kelab yang kaya pasukan seperti Bayern Munich menggunakan cairan nitrogen menggantikan terapi ais konvensional untuk cryotheraphy ataupun mandi ais.

France’s Franck Ribery sits in a cryotherapy chamber at the team’s training center after a training session at the Euro 2012 soccer championship in Kircha near Donetsk, Ukraine, Thursday, June 7, 2012. (AP Photo/Franck Fife, Pool)

Namun jika mereka berkunjung ke tempat lawan, mustahil untuk membawa alatan itu bersama dan masih mereka menggunakan terapi ais yang biasa.

Anda bayangkan anda terpaksa berendam dalam tempoh yang lama dengan bahagian perut dan ke bawah berada di dalam air dipenuhi ais.

Kebaikan Cryotheraphy ataupun mandi ais kepada pemain bola sepak

Jangan risau cryotheraphy ataupun mandi ais ini memberikan kebaikan kepada otot dan aliran darah anda. Sebab itu pemain yang cedera dalam padang akan diperam dengan ais pada permukaan kecederaan itu.

Cryotherapy ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan dalam sukan larian terutama sekali jarak jauh. Melihat kepada kebaikannya, maka saintis sukan mencadangkannya kepada bola sepak.

Ini kerana sukan bola sepak adalah sukan yang banyak berlari. Purata pemain berlari sekitar 8km sehingga 10km dalam setiap perlawanan.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat, Matt Besler menyatakan yang ‘sakitnya’ adalah 2 minit pertama ketika anda mulai berendam. Selepas 8 minit anda akan merasa seronok dan kesannya sangat baik.

Besler menyatakan yang bekas pengurus Amerika Syarikat Jurgen Klinsmann mewajibkan cryotheraphy ataupun mandi ais ini kepada semua pemain selepas sesi latihan dan selepas perlawanan.

Jurgen Klinsmann. Foto: US Soccer.

“Selepas kerap mempraktikkannya, saya merasakan perbezaan ketara.”

John Gallucci dalam bukunya Soccer Injury Prevention and Treatment: A Guide to Optimal Performance for Players, Parents, and Coaches, beliau sangat merekomendasi mandian ais ini

“Terma saintifik untuk cryotheraphy ataupun mandi ais ini adalah vasoconstriction.”

“Ianya satu idea untuk mengurangkan bengkak di kaki. Apabila anda banyak berlari sistem kitaran badan kita akan meningkat secara mendadak.”

“Pada ketika anda berhenti berlari, badan anda akan ‘cool down’.”

“Jika ada hentakan ketika perlawanan, jika anda ada kesakitan pada perlawanan ana akan cuba untuk mengurangkan aliran darah dan melakukan vasoconstriction dengan cryotheraphy ataupun mandi ais .”

“Ianya akan mengurangkan rasa bengkak di bahagian otot badan anda. Ramai perlari (terutama jarak jauh) menganggap kaedah ini sangat baik untuk pemulihan (recovery).”

Cryotheraphy ataupun mandi ais ini tak semestinya anda menggunakan peralatan canggih ataupun kolam kecil yang mahal kosnya. Asalkan praktikal ianya boleh dijalankan.

Di bawah ini mereka pakai tong sampah hijau sahaja untuk cryotheraphy ataupun mandi ais.

(Pastikan tong sampah itu bersih untuk cryotheraphy ataupun mandi ais.)

Ricky Ponting menggunakan tong sampah yang sudah dibersihkan untuk cryotheraphy ataupun mandi ais ini kerana ketika itu tiada kemudahan tab mandi di tempat beliau bermain.

Pasukan fisioterapi FAM pernah melakukan cryotheraphy ataupun mandi ais ini di dalam bilik mandi dengan tab kecil ketika para pemain muda kita beraksi di luar negara.

Bagaimana cryotheraphy ataupun mandi ais dalam bola sepak dilakukan

Anda cuma perlu pastikan cara yang betul untuk melakukannya. Daripada sumber Soccer Academy, mereka menyatakan berikut adalah langkah yang betul untuk mandi ais.

1. Isi tab mandi dengan air sejuk pada paras yang boleh merendam kaki dan pinggul anda.

2. Masukkan sekurang-kurangnya 2 plastik besar ais ke dalam tab. Jika anda ada termometer, pastikan suhu adalah sekitar 45-50 darjah fahrenheit. Anda boleh buat lebih sejuk kalau tahan tetapi jangan bawah daripada 32 darjah fahrenheit, badan anda akan kebas.

2. Duduk di dalam air ais itu selama 10-15 minit. Selepas 2 minit anda akan mulai merasai kesakitan yang ada pada otot anda jadi lebih lega.

3. Selepas mandi ais, pastikan anda hangatkan badan anda. Gunakan selimut tebal ataupun baju tebal, ikutlah kehendak masing-masing

Ramai pemain bola sepak ataupun atlet menjadikan sesi mandi ais ini menyeronokkan.

Salah satu caranya mandi berkumpulan ataupun membawa bahan bacaan dan mendengar lagu.

Dan di bawah ini Michael Phelps dan Ryan Lochte melakukannya sambil makan.

Pemain kena faham yang mandi ais ini bukannya untuk merawat secara total kesakitan. Ianya adalah untuk mengurangkan bengkak dan juga melegakan kesakitan pada otot.

Untuk kecederaan yang serius anda perlu berhubung dengan ahli perubatan pasukan ataupun berjumpa dengan doktor bagi yang bermain bola sepak seperti liga sosial.

Seterusnya, jika badan anda terlalu sejuk dan tak tahan anda harus keluar segera untu mengelakkan hypothermia yang sangat bahaya. Sebab itu Soccer Academy menyatakan jangan sejuk di bawah paras 32 darjah fahrenheit.

Anda boleh lakukan aktiviti ini lebih seronok dengan mandi berkumpulan ataupun mendengar muzik dan membaca majalah.

Ianya memang dilakukan secara santai. Lihat Aubameyang dan Pulisic sempat melayan peminat pada jelajah pra musim Borussia Dortmund satu ketika dahulu.

TOKYO, JAPAN – JULY 16: Pierre-Emerick Aubameyang of Borussia Dortmund together with some young fans while he is cooling down in the ice bath after a training session on July 16, 2017 in Tokyo, Japan. (Photo by Alexandre Simoes/Borussia Dortmund/Getty Images)

Dipercayai ramai

Itulah kepentingan mandi ais dalam bola sepak. Satu cara pemulihan yang sangat praktikal dan saintifik.

Di kelab profesional biasanya mandi ais ini memang sudah menjadi satu kemestian termasuk di negara kita.

Laman facebook rasmi FAM rajin mengemaskini maklumat seperti ini untuk para peminat bola sepak Malaysia.

Maka tak hairanlah pemain Daily Mail melaporkan Cristiano Ronaldo sanggup membeli tong nitrogen dan dipasang di rumahnya untuk kegunannya.

Sebelum ini beliau hanya mandi ais di rumahnya dengan kaedah konvensional.

Ini kerana Ronaldo aktif melakukan latihan tambahan di gym dan kadangkala pada skala agak berat. Tak semestinya ketika cedera anda melakukan mandi ais ini. Ianya adalah satu proses recovery.

Para petinju termasuk petinju UFC biasanya sangat suka dengan kaedah mandi ais ini untuk merawat otot mereka yang bengkak dengan cryotheraphy ataupun mandi ais.

Di bawah ini adalah Angela Lee (MMA) dan Floyd Mayweather yang menggunakan kaedah ini untuk pemulihan.

Atlet sensasi LeBron James antara yang sangat merekomendasi kaedah ini yang dianggap beliau banyak membantunya menjadi atlet berkelas dunia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN