Cristiano Ronaldo Sanggup Potong Gaji Untuk Kekal Di Juventus

Cristiano Ronaldo

Demi memastikan dirinya kekal di Turin, Cristiano Ronaldo memilih untuk mengambil potongan gaji.

Ronaldo yang juga merupakan bintang skuad kebangsaan Portugal sebelum ini dikhabarkan mahu meninggalkan pasukan Serie A itu dengan beliau disebut-sebut akan kembali ke Manchester United.

Menurut laporan Berita Harian, Ronaldo mengatakan yang beliau mahu kekal di Juventus untuk sedikit masa lagi.

Juventus juga dilihat tiada masalah untuk mengekalkan pemain itu walaupun sebelum ini mereka perlu menanggung kos tinggi untuk membayar gaji bintang itu.

Akan tetapi, laporan mendapati yang Ronaldo dan Juventus kini dilaporkan bersedia untuk duduk di meja rundingan bagi melanjutkan kontraknya untuk setahun lagi.

Sama seperti Lionel Messi dan Barcelona, tawaran kontrak yang Juventus kepada Ronaldo akan membuatkan pemain itu mengalami potongan gaji.

Namun sehingga kini belum lagi didedahkan berapakah jumlah potongan gaji yang akan dikenakan kepada Ronaldo.

Ronaldo yang kini bercuti, dijangka akan memulakan perbincangan selepas Presiden Juventus, Andrea Agnelli kembali bertugas.

Sejak kehadirannya ke Juventus, Ronaldo jelas sekali menjadi kunci utama kejayaan pasukan dengan sering menjadi watak utama mereka.

Musim lepas, beliau merakamkan 29 gol dan dua bantuan jaringan dalam saingan Serie A.

Baca juga artikel terkini kami:

Borussia Dortmund Rancang Bina Akademi Bola Sepak Terbesar Asia Di Vietnam

4 Kelakuan Luar Biasa Mourinho Yang Mencuri Perhatian Sejak Sertai AS Roma

Rafieq Al-Amzar Mahu Ikut Jejak Luqman Hakim Di Eropah

Leave a Reply