Ronaldo Ramal Neymar & Marco Asensio Bakal Jadi Pemain Terbaik Dunia Masa Hadapan

Neymar

Untuk dalam jangka masa 10 tahun kebelakangan ini, kita sebagai peminat bola sepak mempunyai 2 pemain yang benar-benar berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

2 pemain tersebut adalah bintang Real Madrid, Crisitiano Ronaldo dan juga bintang Barcelona – Lionel Messi.

Namun seiring masa, kedua-dua pemain sudah mula meningkat usia dan dalam masa beberapa tahun nanti mereka pastinya akan bersara meninggalkan permainan indah ini.

Jadi, siapakah akan menggantikan mereka selepas ini sebagai pemain terbaik dunia?

Di mata Ronaldo, terdapat beberapa nama yang menarik perhatian beliau.

Beliau menjangkakan rakan sepasukan beliau, Marco Asensio akan menjadi bintang utama dunia pada masa akan datang.

“Untuk generasi seterusnya, saya rasakan Marco Asensio ada potensi untuk jadi pemain terbaik di dunia.”

“Untuk sedekad ini, cerita mengenai pemain terbaik dunia hanya berkisarkan mengenai saya dan juga Lionel Messi sahaja.”

Selain Asensio, Ronaldo turut menyebut beberapa nama lain seperti pemain Paris Saint-Germain, Neymar dan juga bintang Chelsea – Eden Hazard.

“Ada dalam 10 hingga ke 15 pemain yang mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain terbaik di masa hadapan.”

“Neymar dan Kylian Mbappe antara mereka yang berpotensi. Selain mereka, Ousmane Dembele, Marcus Rashford dan juga Eden Hazard turut berpotensi.”

Sebelum ini, Neymar sering disebut-sebut sebagai bakal pemain terbaik dunia selepas Ronaldo dan Messi sewaktu beliau beraksi bersama Barcelona.

Adakah jangkaan itu akan jadi kenyataan? Atau akan ada pemain lain yang muncul mengatasi beliau? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN