Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Paling Dikagumi, Messi Sedikit Di Belakang

Bintang Juventus dan kapten skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo adalah individu ke-7 paling dikagumi di dunia. Manakala seorang lagi pemain terkemuka dunia, Lionel Messi adalah individu ke-9 paling dikagumi.

Kedua-dua pemain merupakan antara 20 individu lelaki paling dikagumi di dunia melalui satu kajian yang dilakukan oleh YouGov bagi tahun 2019.

Kajian tersebut mula dilakukan pada Disember lalu melibatkan panel atau peserta yang dianggap memiliki ‘pemikiran terbuka’ dari 41 buah negara. Metodologi kajian amat mudah. Setiap peserta akan terus ditanyakan: “Siapakah individu yang masih hidup pada hari ini, yang paling anda kagumi?”

Jawapan dari setiap peserta akan digunakan untuk menyenaraikan 20 lelaki, dan 20 wanita paling dikagumi berdasarkan pencalonan yang paling ramai. Antara syarat yang diletakkan ialah, setiap nama harus mendapat pencalonan dari sekurang-kurangnya empat negara untuk berada di dalam senarai ini.

Di dalam senarai tersebut, Bill Gates kekal sebagai individu paling dikagumi dunia untuk kategori lelaki. Manakala bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama telah memintas Angelina Jolie sebagai wanita paling dikagumi pada tahun ini.

Tiada perubahan untuk lima lelaki paling dikagumi pada tahun ini, berbanding tahun lalu.

Sumber: YouGov

Tetapi kekaguman terhadap Cristiano Ranaldo adalah antara yang paling banyak menunjukkan peningkatan apabila berjaya naik tiga anak tangga pada tahun ini.

Begitu juga dengan bintang Barcelona dan kapten Argentina, Lionel Messi yang naik dua anak tangga berbanding tahun lalu sebagai individu paling dikagumi dunia.

Pada tahun ini, kedua-dua pemain berjaya membawa pasukan masing-masing muncul juara liga di Itali dan Sepanyol.

Tatkala Ronaldo bermegah dengan kejayaan Portugal muncul juara UEFA Nations League pada Jun lalu, Messi dan Argentina pula melalui kempen yang mengecewakan di pertandingan Copa America yang berlangsung di Brazil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN