Cristiano Ronaldo Nafi Sembunyikan Pendapatan Daripada Agensi Percukaian Sepanyol

Jurucakap kepada bintang Real Madrid dan kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo menafikan bahawa pemain itu cuba menipu untuk mengelakkan diri daripada membayar cukai.

Penyerang berusia 32 tahun itu didakwa agensi penguatkuasaan berkenaan  perihal cukai di Madrid dengan 4 tuduhan cuba menyembunyi hasil pendapatan dari hak imej yang dijananya.

Pihak pendakwaan mendakwa Ronaldo mempergunakan sebuah syarikat yang berpengkalan di luar Sepanyol untuk menyembunyikan sebahagian daripada pendapatannya itu.

Bagaimanapun kenyataan daripada syarikat yang menguruskan perihal bintang bola sepak tersebut, Gestifute menafikan dakwaan berkenaan.

Syarikat yang didakwa terbabit dalam skandal penipuan terbabit, Tolin diasaskan oleh Cristiano Ronaldo ketika pemain itu masih beraksi bersama Manchester United.

Gestifute menjelaskan bahawa Tolin telah beroperasi mengikut segala undang-undang yang termaktub di bawah sistem cukai British dan juga Sepanyol.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gestifute itu berbunyi:

“Pejabat Pendakwaraya telah mengatakan Cristiano Ronaldo meengisytiharkan pendapatan yang dipindahkan adalah pusingan dari hak imej yang boleh dipindahkan untuk mengelakkan cukai.”

“Peraturan yang boleh dikenakan kepada Ronaldo adalah Peraturan Cukai Pendapatan Individu dan juga Peraturaan Cukai Impatriot.”

“Artikel 25.4 dan 13.1.F3 dalam kedua-dua peraturan tersebut menjelaskan bahawa pendapatan dari hak imej tersebut adalah tergolong sebagai modal yang boleh dipindahkan dan tidak akan menjadi pendapatan yang dijana melalui aktiviti ekonomi.”

“Pemain tersebut telah mengistiharkan kepada pihak berkuasa 100% setiap pendapatan Tolin kepada agensi berkaitan di Sepanyol berkaitan hak imej untuk penggal 2009-2014 dan juha 2015-2020.”

“Pengisytiharan tersebut adalah berdasarkan kriteria yang dikehendaki oleh Perbendaharaan United Kingdom untuk menentukan pendapatan yang dijana melalui hak imej pemain terbabit.”

“Ini membuktikan tiada salah laku atau penipuan dilakukan sepanjang proses berkaitan dilaksanakan.”

(Photo by Octavio Passos/Getty Images)

“Sebagai kesimpulan, jumlah yang telah diisytiharkan kemungkinan boleh diperbincangkan dengan lebih lanjut. Namun tiada sebarang kesalahan yang diniatkan oleh Cristiano Ronaldo mahupun syarikatnya, Tolin.”

Semalam, kesemua akhbar dan tabloid menyiarkan pendakwaan yang diserahkan oleh agensi penguatkuasaan cukai terhadap Cristiano Ronaldo ke mahkamah di Sepanyol.

Dakwaan tersebut pantas mendapat respon penafian daripada pemain terbabit.

Untuk rekod, Lionel Messi dan Javier Mascherano adalah antara bintang  La Liga yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana didakwa.

Sumber:

1. BBC News (2017), Cristiano Ronaldo denies tax evasion accusations; http://www.bbc.com/news/world-europe-40260517

2. @talkSPORT (2017), Real Madrid superstar Cristiano Ronaldo denies tax evasion allegations; http://talksport.com/football/real-madrid-superstar-cristiano-ronaldo-denies-tax-evasion-allegations-170614242909#AJGqTWrR1LtPuxel.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN