Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Juventus

Cristiano Ronaldo

Adakah episod Cristiano Ronaldo bersama-sama Juventus bakal berakhir?

Hal ini disebabkan kerana pemain veteran itu dikhabarkan mahu meninggalkan kelab tersebut pada musim ini.

Sebelum ini, desas-desus yang mengatakan Ronaldo mahu meninggalkan Juventus terdedah selepas terdapat rakaman yang menunjukkan bekas pemain Real Madrid itu memindahkan koleksi kereta-kereta mewah yang dimilikinya di Turin ke Lisbon.

Anda boleh baca mengenainya di sini.

Kini menerusi laporan MARCA, Ronaldo dikatakan sudah mendedahkan kepada rakan-rakan sepasuknya di Juventus yang beliau mahu meninggalkan kelab tersebut.

Dengan pendedahan tersebut, Ronaldo mahu meninggalkan pasukan ketika musim panas ini dengan jika ianya benar terjadi, urusan perpindahan dijangka akan diadakan selepas tamat EURO 2020.

Setakat ini, belum lagi ada hala tuju konkrit yang mengatakan ke arah mana Ronaldo akan pergi selepas meninggalkan Juventus.

Sungguhpun begitu, beliau sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lamanya iaitu Sporting CP dan Manchester United walaupun sebelum ini Ronaldo menafikan akan pulang semula ke Portugal.

Ronaldo masih lagi mempunyai setahun lagi di dalam baki kontraknya bersama-sama Juventus.

Dan jika benar pemain itu mahu berpindah, ini adalah masa terbaik untuk kelab itu melepaskannya bagi mendapatkan sedikit wang hasil penjualan pemain itu.

Baca juga artikel kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Juventus Tidak Perlukan Ronaldo Untuk Ke Champions League

Wajarkah Pembantu Pengadil Batal Gol Ronaldo VS Serbia Digugurkan Dari Euro 2020?

5 Fakta Yang Menjadikan Cristiano Ronaldo Lebih Hebat Dari Messi

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply