Kisah Satu-Satunya Jaringan Hatrik Ronaldo Pernah Hasilkan Untuk Man Utd

Cristiano Ronaldo dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dan tidak pernah puas menjaringkan gol. Sepanjang karier profesional yang penuh illustrasi, bintang Portugal ini telah menjaringkan 770 gol untuk memintas rekod jaringan oleh Pele.

Selepas dikritik kerana gagal membantu Juventus meneruskan cabaran di pertandingan UEFA Champions League pada pertengahan minggu lalu, Ronaldo kembali mengegarkan gaawang dengan menjadikan Cagliari sebagai mangsanya pada malam tadi.

Kali ini Ronaldo memastikan kehadirannya dirasai dengan jaringan hatrik, menjadikan jumlah hatrik keseluruhan yang pernah dihasilkan oleh pemain ini kepada 57 sepanjang kariernya.

Perbandingan dengan Messi

Merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Ronaldo turut tidak boleh lari dari dibandingkan dengan seteru utamanya, Lionel Messi.

“Ramai bertanya siapakah antara kedua-duanya adalah pemain terbaik dunia. Ramao berkata Messi ianya sukar untuk membantah pendapat tersebut,” kata Sir Alex Ferguson kepada BBC pada 2015.

“Tetapi Ronaldo adalah pemain yang boleh bermain dengan pasukan seperti Millwall, Queens Park Rangers, Doncaster Rovers atau kelab mana sekali pun dan tetap mampu menjaringkan hatrik. Saya tidak pasti Messi mampu berbuat demikian.”

Di sebalik keyakinan oleh mentornya itu, hakikat sebenarnya ialah Cristiano Ronaldo hanya pernah menjaringkan hatrik sebanyak sekali sahaja sepanjang tempoh 6 musim berkelana di Old Trafford.

Kaki berlagak kepada mesin gol

Cristiano Ronaldo menyertai Manchester United sebagai bakat muda pada 2003. Pada ketika itu Ronaldo sering dilabel sebagai kaki berlagak kerana gemar menampilkan skil individu tidak bertempat dan akhirnya gagal menghasilkan sesuatu kepada pasukan.

Di tiga musim pertamanya di Old Trafford, Ronaldo hanya berjaya menjaringka 27 gol dari 137 penampilan dan setiap musim kalah pertaruhan kepada Sir Alex Ferguson kerana gagal mencapai sasaran gol.

Sikap ‘kaki berlagak’ tersebut kemudiannya mulai hilang pada 2006 dan Ronaldo mulai menemui sentuhan jaringan. Musim 2006/07 beliau menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk membantu Manchester United meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pemain sayap ini turut meraih kemenangan individu apabila meraih anuegrah PFA Player of the Year dan Young Player of the Year. Mungkin perkara yang lebih penting daripada itu yang menambah keyakinan Ronaldo ialah kejayaan beliau memenangi pertaruhan dengan Sir Alex untuk jumlah jaringan seawal Februari.

“Apabila beliau menyertai Manchester United, Ronaldo gemar berlagak. Beliau gemar malukan skil, dan membuktikan betapa bagus dirinya,” kongsi Rio Ferdinan kepada BT Sport pada 2015.

“Akhirnya beliau sedar ianya adalah ‘produk akhir/gol’ yang penting dan kekal dinilai.

“Untuk menjadi pemain terbauk dunia ia adalah mengenai menjaringkan gol atau menghasilkan bantuan kepada pemain lain untuk memberikan impak dalam perlawanan.”

Hatrik tunggal untuk Man Utd

Walaupun menjaringkan dua gol dalam 13 perlawanan pada empat musim setengah pertamanya di Liga Inggeris bersama Manchester United, Ronaldo tetap gagal mencetak tiga gol sepanjang 90 minit perlawanan.

Terdesak berbuat demikian, perlawanan menentang Newcastle United yang tampil tanpa pengurus pasukan pada Januari 2008 dilihat sebagai peluang terbaik untuk Ronaldo menhasilkan hatrik pertamanya bersama The Red Devils – selepas Sam Allardyce dipecat.

Namun demikian, The Magpies tetap kental dalam perlawanan tersebut dan babak pertama perlawanan di antara kedua-dua pasukan berakhir tanpa jaringan.

Bermula babak kedua perlawanan, Ronaldo tidak menunggu lama untuk merobek gawang lawan dengan sepakan percuma rendah yang mengejutkan benteng pertahanan Newcastle – tiga minit selepas perlawanan disambung.

Gol tersebut membangkitkan selera The Red Devils apabila Carlos Tevez menjadikan kedudukan kepada 2-0 selepas 55 minit perlawanan berlangsung.

Gandingan trio Ronaldo, Tevez dan Wayne Rooney terus mengganas selepas itu dengan gerakan-gerakan menarik.

Minit ke-69 menyaksikan hantaran Rooney menemui Tevez. Penyerang Argentina itu kemudian melakukan satu hantaran menarik ke arah Ronaldo yang melakukan larian ke dalam kotak penalti.

Ia kemudian disudahkan oleh Ronaldo dengan sentuhan keduanya dengan sepakan side-footed yang menewaskan Shay Given untuk jaringan kedua peribadinya dalam perlawanan ini.

Manchester United terus mengganas di Old Trafford, kali ini melalui voli Rio Ferdinand untuk menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-85 perlawanan.

Belum lagi puas, Ronaldo menggunakan kelincahannya membuli pertahanan The Magpies sebelum rembatannya yang terbias sekali lagi menewaskan Given untuk gol ke-22 peribadi beliau pada musim tersebut.

Pemain itu nyata tidak menyembunyikan kegembiraan berjaya menjaringkan hatrik pertamanya bersama Manchester United.

Tevez sempat menyumbat sebiji lagi gol untuk pasukanya untuk menjadika kedudukan 6-0, tatkala bekas pemain Man United yang menyertai Newcastle, Alan Smith dilayangkan kad merah selepas itu.

Peluang kembali milik Ronaldo

Selepas kemenangan menentang Newcastle itu, Ronaldo meneruskan rentak jaringan dan mengakhiri musim 2007/08 dengan 42 gol untuk membantu Manchester United meraih kejuaraan berganda Liga Perana Inggeris dan Champions League pada musim yang sama.

Ditanya mengapa perlu menunggu begitu lama untuk menghasilkan hatrik pertamanya, Ronaldo menjawab: “Jika saya dapat menjaringkan dua gol di setiap perlawanan, saya sudah cukup gembira.”

Hatrik tersebut kemudiannya diikuti oleh 55 hatrik lain bersama Real Madrid dan Juventus. Bagaimanapun Ronaldo kini berpeluang untuk menjaringkan lebih banyak hatrik untuk Manchester United selepas pemain itu bersatu kembali dengan bekas kelabnya selepas 12 tahun berpisah.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN