Cristiano Ronaldo Buka Mulut Jelaskan Masa Depan Beliau

Cristiano Ronaldo

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo akhirnya membuka mulut dan tampil ke depan untuk menjelaskan situasi dirinya ketika ini.

Kebelakangan ini, Ronaldo sering saja menjadi buah mulut orang ramai [beliau sememangnya sentiasa jadi bualan] mengenai satu isu yang khusus.

Isu tersebut adalah mengenai potensi perpindahan beliau ke beberapa pasukan dan hendak mahu meninggalkan Juventus.

Menerusi laman Instagramnya, Ronaldo menjelaskan situasi semasa melibatkan dirinya dan hala tuju karier beliau.

“Bagi yang mengenali saya, mereka akan tahu yang saya amat fokus dengan kerjaya saya. Kerja lebih, cakapnya kurang, itu telah menjadi motto saya sejak awal karier saya.”

“Tetapi ketika ini, ianya lebih daripada rasa tidak hormat kepada saya sebagai lelaki dan pemain. Cara yang dilakukan oleh media mengenai masa depan saya adalah tidak wajar dan tidak menghormati semua kelab yang terlibat dalam khabar angin tersebut termasuklah pemain dan staf.”

Terkini, Ronaldo dikaitkan dengan kepulangan semula ke Real Madrid dan perpindahan ke Paris Saint-Germain.

Menurut Ronaldo, tiada pihak yang cuba untuk tampil mencari dirinya mendapatkan kebenaran sebaliknya mengaitkan beliau dengan kelab itu dan ini.

“Ada banyak berita yang mengaitkan saya dengan beberapa buat kelab di pelbagai liga tetapi tiada siapa yang mahu mendapatkan kebenaran.”

“Saya tampil ke depan kerana tidak mahu lagi nama saya dimainkan oleh orang. Saya masih fokus kepada karier dan kerja, komited dan bersedia dengan cabaran yang bakal dihadapi. Perkara lain? Semua itu cakap-cakap saja.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply