Cristiano Ronaldo Bakal Berhijrah Menyertai Kelab Asia?

Bulan Januari lepas, presiden Real Madrid, Florentino Perez menafikan kenyataan yang dibuat oleh ejen Cristiano Ronaldo iaitu Jorge Mendes mengenai tawaran €300 kelab terkaya dari China untuk mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.

Laporan akhbar daripada Portugal, A Bola juga melaporkan seorang jutawan dan pemilik kelab bola sepak di China sedang menyediakan jumlah wang yang besar untuk memastikan perpindahan itu menjadi kenyataan.

Cristiano Ronaldo bersama ejennya, Jorge Mendes.

Terbaharu, bekas pengendali Brazil dan Portugal, Luis Felipe Scolari mendedahkan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sering bertanya kepadanya tentang bagaimana kehidupan di China.

Ianya sekaligus menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan bahawa Ronaldo akan berhijrah menyertai kelab dari China.

Scolari yang merupakan bekas pengurus kelab liga super China Guangzhou Evegrande berkata, bukan sekali Ronaldo bertanyakan kepadanya tentang kehidupan di negara itu, tetapi sudah banyak kali.

“Lebih daripada satu kali Ronaldo bertanyakan kepada saya bagaimana kehidupan di China.

“Saya menjelaskan kepadanya pengalaman saya di sana dan saya juga menegaskan bahawa China adalah China. Perasaan setiap orang pastinya berbeza.

“Bagi saya, Ronaldo adalah seperti barang dagangan yang perlu didagangkan ke negara-negara besar di dunia seperti China. Jika dia mahu mencari peluang baharu, maka dia harus ke China,” katanya.

Scolari meraikan kejuaraan Liga Super China bersama Guangzhou Evergrande tahun lepas.

Pemain yang berusia 33 tahun itu masih terikat dengan kontrak bersama Real Madrid sehingga tahun 2021.

Untuk musim ini, beliau telah mencetak 37 gol daripada 35 penampilan bersama pasukan itu dalam semua kejohanan.

Ronaldo yang memenangi anugerah berprestij Ballon D’Or sebanyak lima kali dijadual mengemudi Portugal bertemu Mesir pada aksi persahabatan antarabangsa, Jumaat ini dan Belanda, tiga hari kemudian.

Di peringkat antarabangsa, beliau sudah menjaringkan 79 gol dalam 147 perlawanan untuk Portugal dan akan mengetuai juara Eropah itu di Piala Dunia Russia.

Portugal diundi bersama Sepanyol, Mesir dan Iran di pusingan pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN