Cristiano Jelaskan Kenapa Beliau Lagi Bagus Daripada Messi

Cristiano Ronaldo memberikan hujah, apa yang membezakan beliau dengan Lionel Messi.

Menurut Ronaldo, beliau adalah seorang pemain yang banyak mengembara ke beberapa negara lain dan berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama dengan kelab-kelab tersebut.

Manakala Lionel Messi hanya bersama Barcelona sepanjang karier beliau, dan hanya memenangi UCL bersama Barca
Ronaldo menjelaskan bahawa, beliau berjaya beradaptasi dengan negara dan pasukan yang berbeza di dalam kariernya dengan kemampuan yang beliau ada.

Sementara itu, Lionel Messi masih belum membuktikan bahawa beliau mampu beradaptasi dengan kelab lain dan negara lain selain daripada Barcelona.

Buat masa ini Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masing-masing terikat dengan 5 Ballon d’Or. Mungkin Ballon d’Or seterusnya akan menjadi ‘tie-breaker’.

Bercakap kepada DAZN, Ronaldo berkata: “Dalam kes Lionel Messi, beliau pemain yang hebat.”

“Ini bukan semata-mata kerana mememangi Ballon d’Or ataupun semua piala yang beliau sudah menangi, namun beliau adalah pemain yang sentiasa berada di atas, tahun demi tahun, sama seperti saya.”

“Namun perbezaan Messi dengan saya adalah; saya sudah bermain dengan beberapa kelab berbeza dan saya juga memenangi Liga Juara-Juara Eropah dengan kelab-kelab tersebut. Saya adalah penjaring terbanyak UCL sebanyak 6 kali berturut-turut.”

Walaubagaimanapun, Cristiano Ronaldo tetap memberikan rasa hormat kepada Lionel Messi. Ini kerana Messi juga sama seperti beliau, berusaha keras dalam masa lebih 10 tahun ini demi untuk terus berada di kemuncak prestasi.

“Jelas sekali, saya tidak pernah melihat perseteruan sehebat ini di antara 2 pemain [Messi dan Ronaldo] yang sentiasa berada di puncak untuk tempoh yang sangat lama.”

“Ada ramai pemain yang hebat, yang saya hormati, mereka ada 3,4, ataupun hampir 5 tahun berada di kemuncak prestasi. 10 tahun? Saya tidak pernah nampak lagi.

“Saya juga tidak pernah menyaksikan pemain, di Portugal kami panggil: ‘pecahkan batu setiap tahun; menjaringkan 40-50 gol, memenangi piala, dan sentiasa di atas.”

“Ini adalah perkara paling sukar untuk anda capai dalam bola sepak. Ianya menuntut kamu berusaha sangat keras untuk kekal di kemuncak. Ini termasuk dengan kecergasan fizikal, badan yang ‘langsing’ [tidak terlebih berat] ini mengelak daripada terjatuh dari ‘langit’.”

“Saya nyatakan itu dengan nada bergurau, namun betul, ada banyak usaha keras di sebalik semua trofi ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN