Craig Shakespeare Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Leicester City

Craig Shakespeare dilantik sebagai pengurus baharu Leicester City.

Hal ini dapat disahkan oleh laman rasmi mereka sendiri selepas pengurus sementara itu berjaya menyakinkan pihak kelab bahawa beliaulah orang yang tepat untuk jawatan itu.

Shakespeare dilantik dengan diberikan kontrak selama 3 tahun selepas beliau berjaya membantu Leicester City selepas untuk tidak tersingkir dari Premier League semusim selepas menjuarai liga tersebut.

Beliau menggantikan Claudio Ranieri yang dipecat selepas pasukan tersebut tewas perlawanan UEFA Champions League ditangan Sevilla di Sepanyol.

Pelantikan Shakespeare nyata disenangi oleh para pemain Leicester City memandangkan beliau berjaya menaikkan moral pasukan seawal perlawanan pertama beliau bertugas.

Beliau berjaya membantu pasukan untuk menewaskan Liverpool di laman sendiri dengan jaringan 3-1 sebagai permulaan kepada pemulihan prestasi kelab.

Dengan pelantikan ini nyata menamatkan spekulasi mengenai beberapa pengurus akan datang untuk menjadi pengurus di King Power Stadium.

Bekas pemain Leicester City iaitu Roberto Mancini pernah dikaitkan dengan jawatan sebagai pengurus di kelab tersebut.

Dalam masa yang sama, bekas pengurus mereka sendiri iaitu Nigel Pearson juga pernah dikaitkan untuk kembali ke kelab tersebut sebagai pengurus pilihan para pemain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram