Craig Shakespeare: Pemain Muda Gunakan Peluang Untuk Menyinar Selepas Tumpaskan Apollon Limassol

Craig Shakespeare

Pembantu Sam Allardyce di Everton, Craig Shakespeare ternyata berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika perlawanan terakhir Liga Europa di Cyprus untuk menang keatas Apollon Limassol.

Walaupun kemenangan tersebut masih tidak dapat membantu Everton untuk melayakkan diri ke pusingan 32 pasukan terbaik, setidak-tidaknya mereka dapat mengelakkan dari menamatkan saingan di kedudukan terakhir kumpulan E.

Pada perlawanan pagi tadi, Shakespeare menggalas tugas sementara buat Allardyce yang berada di England bagi menghadiri temujanji berkaitan pemeriksaan kesihatannya bertindak menyenaraikan beberapa pemain muda untuk berdepan pasukan tuan rumah.

Para pemain muda  yang diberikan tanggungjawab itu berjaya membalas kepercayaan yang diberikan Shakespeare dengan mempamerkan aksi yang bertenaga.

Harry Charsley (21 tahun) dan Fraser Hornby (18 tahun) telah mendapat kepercayaan untuk diturunkan buat pertama kali bersama pasukan dan beraksi sebagai pemain di kesebelasan utama. Shakespeare turut memasukkan pemain berusia 16 tahun, Anthony Gordon pada minit-minit akhir perlawanan.

Dua lagi pemain dibawah umur 20 tahun iaitu Nathan Broadhead (19 tahun) dan Alex Denny (17 tahun) juga dimasukkan pada penghujung babak perlawanan.

Penyenaraian pemain muda ini membuahkan hasil apabila Ademola Lookman berjaya menjaringkan dua gol pada babak pertama dan Nikola Vlasic menambah jaringan ketiga pada minit ke-87 perlawanan.

Everton’s Ademola Lookman (L) celebrates with his teammate Morgan Feeney after scoring during the UEFA Europa League group stage football match between Apollon Limassol and Everton at the GSP stadium in the Cypriot capital Nicosia on December 7, 2017. / AFP PHOTO / – (Photo credit should read -/AFP/Getty Images)

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai adakah Lookman mampu menjadi pemain yang penting buat Everton, Craig Shakespeare berkata: ”Saya melakukannya. Ingatlah bahawa beliau hanya merupakan seorang pemain muda dan ramai pemain muda diatas padang pada perlawanan ini (bertemu Apollon Limassol).”

”Sudah semestinya pemain muda memerlukan peluang tetapi mereka juga perlu menunjukkan kebolehan mereka dengan baik. Dia (Lookman) melakukannya pada malam (pagi) ini.”

”Diharapkan ianya dapat memberikan pemain-pemain muda ini sedikit keyakinan dan mereka boleh mendapat karier yang baik dalam perlawanan ini.”

Pengurus Apollon Limassol, Sofronis Avgousti turut memuji barisan pemain muda Everton ini dan mengucapkan tahniah atas kejayaan menewaskan anak buahnya pagi tadi.

”Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Everton.  Mereka beraksi dengan begitu baik pada perlawanan ini.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram