COVID-19 Tangguhkan Ronald Koeman Latih Barcelona

Ronald Koeman berkata pelantikkan beliau sebagai pengurus Barcelona secara automatik tertangguh setahun akibat penularan wabak coronavirus yang turut menangguhkan kejohanan Euro 2020 kepada Euro 2021.

Pengurus pasukan kebangsaan Belanda itu mempunyai klausa untuk menyertai gergasi Catalan itu setelah selesai tugasan kejohanan eropah sebagai kejohanan terakhir bersama skuad kebangsaan Belanda.

Malah Bein Sports berkaya Koeman sebenarnya adalah pengganti kepada Ernesto Valverde yang dipecat dan diganti oleh Quique Setien pada Januari lalu.

Koeman sebelum ini pernah mendedahkan klausa kontrak beliau bersama Belanda membenarkan beliau menyertai Barcelona selepas Euro 2020.

Selepas kejohanan tersebut ditangguhkan selama 12 bulan akibat penularan wabak COVID-19, Koeman tampil menjelaskan kembali kontraknya.

“Klausa di dalam kontrak membenarkan saya menyertai Barcelona selepas Kejohanan Eropah.” ujar Koeman melalui Marca.

“Tiada tarikh telah ditetapkan. Maka sekarang ia bermakna setelah Kejohanan Eropah pada 2021.

“Tetapi saya tidak memikirkannya langsung buat masa ini.”

UEFA mengesahkan penangguhan Euro 2020 pada Selasa, dan pertandingan tersebut akan dibawa ke hadapan pada Jun sehingga Julai 2021.

Manakala semua pertandingan peringkat kelab di peringkat UEFA dan domestik masih lagi belum memperolehi kata putus sehingga notis baru menyatakan sebaliknya.

Belanda hampir pasti akan hilang khidmat Memphis Depay pada kejohanan tahun ini kerana kecederaan lutut.

“Ia adalah penangguhan yang membawa nasib baik, tetapi ia tetap mengecewakan Euro 2020 tidak boleh diteruskan seperti dirancang.

“Kami [Belanda] layak dengan penuh meyakinkan, pasukan juga berada di tahap terbaik. Sudah tentu kami mahu meneruskan ia dengan keadaan sebegini.”


Baca juga artikel kami mengenai Belanda:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram