COVID-19: Pemain Gremio Pakai Topeng Muka Sebagai Protes

Pemain kelab Brazil, Gremio turun ke padang perlawanan dengan menggunakan topeng muka sebagai protes kerana tetap diminta untuk beraksi walaupun kerisauan mengenai penularan wabak Covid-19 semakin serius di kalangan negara Amerika Selatan.

Pemain-pemain diketuai oleh Ketua Jurulatih, Renato Portaluppi berjalan keluar dari terowong pemain menuju padang untuk berbaris dengan menggunakan topeng muka dalam perlawanan menentang Sao Luiz.

“Protes yang dilakukan oleh pemain ini adalah tanda sokongan kami agar pertandingan ini ditangguhkan – kehidupan harus menjadi keutamaan,” kata Pengarah Gremio, Paulo Luz.

Tidak ada penyokong dibenarkan menyaksikan perlawanan yang diadakan di Gremio Arena tersebut, dan Gremio muncul pemenang dengan jaringan 3-2.

Topeng muka bagaimanapun tidak dipakai oleh pemain ketika perlawanan sedang berlangsung.

Selepas perlawanan Portaluppi berkata: “Seluruh dunia telah berhenti [bermain bola sepak]. Mengapa bola sepak di Brazil turut tidak ditangguhkan?

“Ini adalah mesej daripada kami, dan kami berharap mereka mendengar. Kami faham ada kesedaran daripada perkara ini.”

Protes daripada pemain Gremio itu tiba setelah terdapat bantahan daripada pemain dan kelab di seluruh Amerika Selatan mengenai keputusan badan pentadbir bola sepak di sana yang memutuskan perlawanan diteruskan tanpa kehadiran penyokong.

Jurulatih Flamengo Jorge Jesus misalnya mahukan bola sepak ditanguhkan kerana berpendapat pemain turut perlu dilindungi dan mereka bukan manusia luar biasa.

Di Argentna, River Plate mengambil keputusan enggan beraksi dalam perlawanan Piala Superliga menentang Atletico Tucuman. Kelab Buenis Aires itu menutup stadium mereka dan membiarkan sahaja pegawai perlawanan dan pasukan lawan menunggu di luar stadium.

Bekas kapten England, Wayne Rooney turut menyelar kerajaan Britain dan badan pentadbir bola sepak di negara tersebut kerana melayan pemain seperti ‘tikus belanda’.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai COVID-19 di sini:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply