COVID-19: Mason Mount Langgar Arahan Kuarantin, Dilihat Main Bola Di Padang Awam

Pemain tengah Chelsea, Mason Mount melanggar protokal kuarantin yang dikenakan kepadanya selepas dilihat bermain bola sepak di padang awam bersama pemain West Ham United, Declan Rice pada Ahad.

Semua pemain skuad utama Chelsea serta staf kejurulatihan diarahkan untuk menjalani proses pengasingan di rumah masing-masing sekeoas pemain sayap, Callum Hudson-Odoi disahkan dijangkiti wabak coronavirus (COVID-19) pada minggu lepas.

Akhbar The Mirror melaporkan Mount dan Rice yang kedua-duanya merupakan pemain skuad kebangsaan England sedang bermain bola sepak lima sebelah di Padang Bola Sepak Trent berdekatan Barnet.

Difahamkan semua pemain Chelsea telah diingatkan supaya mengikuti protokol pengasingan dan mereka dijangka hanya boleh kembali menjalani latihan selepas tamat tempoh kuarantin pada 22 Mac.

West Ham juga pada minggu lepas telah menyatakan beberapa individu dalam kelab tersebut diberikan arahan untuk mengasingkan diri selepas berlaku sentuhan secara langsung dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Liga Perdana Inggeris (EPL) telah digantung sekurang-kurangnya sehingga 4 April ini berikutan penularan wabak yang semakin serius dan turut memberi kesan kepada semua sukan di dunia.

Mengikut rekod, wabak COVID-19 telah menjangkiti lebih daripada 170,000 orang dan 6,500 kematian telah dilaporkan. Di United Kingdom sendiri telah berlaku sebanyak 1,400 kes dengan 35 kematian.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Coronavirus:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram