COVID-19: Keadaan Daniele Rugani Stabil

Kerjasama Semuanya BOLA

Pemain pertahanan Juventus, Daniele Rugani berkata beliau dalam keadaan baik sahaja selepas kelabnya mengeluarkan kenyataan mengenai beliau yang disahkan positif dijangkiti wabak COVID-19.

Rugani menjadi pemain Serie A pertama yang mendapat jangkitan wabak tersebut.

“Kamu semua telah membaca berita mengenai saya, jadi saya mahu pastikan semua orang yang bimbang, saya dalam keadaan baik,” ujar Rugani dalam akaun Twitter.

“Saya harap semua pihak menghormati arahan pihak berkuasa kerana virus ini tidak mengenal sesiapa. Jadi mari kita bersama mencegahnya demi mereka yang kita cintai dan orang di sekililing kita semua.”

Rugani merupakan pemain penting dalam skuad Juventus musim ini dan telah pun membuat tujuh penampilan pada musim ini termasuk dalam dua perlawanan pada Februari. Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad ketika menentang Inter Milan dalam stadium kosong tempoh hari.

Sumber memaklumkan Juventus telah mengarahkan seluruh skuad Juventus supaya dikuarantin selama dua minggu terutamanya pemain-pemain dan staf-staf pasukan yang pernah bersentuhan dengan Rugani. Ini bermakna mereka tidak akan beraksi menentang Olympique Lyonnais dalam perlawanan kedua peringkat kalah mati pada 17 Mac ini.

Dalam perlawanan pertama, Lyon menang 1-0 ke atas Juventus hasil jaringan Lucas Tousart.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply