COVID-19: Guardiola Tak Setuju Perlawanan Di Stadium Kosong

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola lebih memilih supaya perlawan ditangguhkan daripada ianya diadakan tanpa kehadiran penyokong.

Selepas melihat kebanyakkan perlawanan di seluruh eropah terpaksa diadakan tanpa kehadiran peyokong akibat wabak Covid-19, Guardiola berpendapat hanya masa akan menentukan Liga Perdana Inggeris turut akan terkesan.

Pengurus City itu berkata akan tetap mengikut arahan semasa daripada penganjur pertandingan, tetapi secara peribadi memilih perlawanan ditangguhkan sehingga keadaan pulih.

“Apakah makna bola sepak tanpa penyokong?” persoal Guardiola.

“Jika tiada yang boleh hadir menyaksikan, maka ia tidak masuk akal. Kita harus akur dengan apa yang diarahkan, tetapi saya tidak suka ia [perlawanan] dilangsungkan tanpa penyokong.”

Beberapa perlawanan di eropah terpaksa dilangsungkan di dalam stadium kosong termasuk perlawanan Liga Juara-juara Asia diantara Valencia v Atalanta pada awal pagi tadi.

Perlawanan membabitkan Paris Saint-Germain v Borussia Dortmund pada awal pagi esok dan perlawanan Liga Europa membabitkan Manchester United dan Wolves turut terkesan.

“Kita risau akan perkara ini kerana ia telah berlaku di Itali,” tambah Guardiola.

“Liga telah digantung [di Itali], dan di Sepanyol perlawanan diadakan tanpa kehadiran penyokong.

“Ia akan berlaku juga di sini [England]. Kemungkinan itu akan meningkat seperti di Itali dan Sepanyol.”

Perlawanan membabitkan Manchester United menentang LASK di Austria telah disahkan akan diadakan di stadium kosong berikutan ancaman wabak Covid-19.

Manchester United sebelum ini dilaporkan telah menjual 900 tiket perlawanan kepada penyokong mereka yang mahu berkunjung ke negara tersebut untuk menyaksikan perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN