COVID-19: FIGC Bayangkan Serie A Tidak Akan Ditamatkan

Iklan

Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) setelah mesyuarat pada Selasa lalu berkata saingan Serie A pada musim ini berkemungkinan tidak akan ditamatkan sehingga ke akhir musim disebabkan wabak Covid-19.

Kenyataan oleh FIGC mengesahkan saingan Serie A akan ditangguhkan sehingga 3 April selaras dengan seruan oleh kerajaan Itali.

Presiden FIGC, Gabriele Gravina turut mengabil beberapa langkah pilihan sekiranya saingan musim ini tidak boleh ditamatkan.

Ia termasuklah dengan mengadakan perlawanan play-off di kalangan pasukan yang akan tersingkir ke divisyen bawahan, dan juga pasukan yang akan melayakkan diri ke pertandingan eropah pada musim hadapan.

Serie A turut tidak akan mempunyai kelab yang akan ditabalkan sebagai juara tanpa mengira pasukan mana yang sedang mendahului jika situasi tersebut berlaku.

Sekiranya kedudukan terkini diambil kira, maka Juventus akan dinobatkan selaku juara Serie A untuk sembilan musim berturut-turut.

Juventus kini menduduki tangga teratas Serie A selepas menewaskan Inter Milan pada hujung minggu lalu.

Lima perlawanan berlangsung pada Ahad dan satu pada Isnin pada pusingan lalu, dan semua perlawanan diadakan di dalam stadium tanpa kehadiran penyokong.

Sehingga kini masih ada 12 pusingan perlawanan Serie A untuk dimainkan, dan empat perlawanan lain lagi telah ditangguhkan sebelum ini.

Saingan bola sepak domestik di Itali turut menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey turut tertangguh sehingga kini.

Itali menjadi negara paling terkesan di Eropah akibat wabak coronavirus dengan lebih 400 kematian dicatatkan, dan lebih 16 juta penduduknya kini turut dikuarantin.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram