COVID-19: FFF Juga Gantung Semua Pertandingan Di Perancis

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) telah mengarahkan supaya semua perlawanan bola sepak di negara itu ditangguhkan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius.

Arahan itu dikeluarkan sendiri oleh presiden badan induk bola sepak Perancis itu, Noel Le Graet menerusi akaun Twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun Ligue 1 dan Ligue 2 adalah di bawah tanggungjawab Liga Bola Sepak Profesional (LFP) dan masih tiada kata putus mengenai kedua-dua liga berkenaan.

LFP dilaporkan akan bertemu dengan FFF pada Jumaat untuk membincangkan sama ada mahu menangguhkan semua perlawanan dalam liga profesional.

Buat masa ini, Itali dan Sepanyol merupakan negara yang telah sah menangguhkan semua perlawanan bola sepak di setiap peringkat. Kemungkinan besar pada hari ini negara-negara lain akan turut mengambil tindakan sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN