COVID-19: EPL Hentikan Tradisi Bersalaman Sebelum Perlawanan

Iklan

Pemain bola sepak di Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa mengetepikan amalan tradisi bersalaman dengan pemain lawan dan pengadil sebelum perlawanan untuk mengelak daripada penyerbaran wabak coronavirus.

Keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa negara mengarahkan kepada badan pengurusan liga supaya membuat perancangan kontigensi bagi mengekang virus.

“Amalan bersalaman antara pemain dan pegawai perlawanan di EPL tidak akan dilaksanakan bermula hujung minggu ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan pada masa akan datang bergantung kepada nasihat perubatan.

“Coronavirus boleh berjangkit menerusi cairan dari hidung atau mulut dan boleh juga tersebat malalui sentuhan tangan dengan bersalaman.”

Bagaimanapun pegawai perlawanan akan meneruskan amalan kebiasaan yang memerlukan semua pemain berbarus untuk masuk ke padang. Namun pemain hanya perlu berjalan melepasi pemain lawan tanpa perlu bersalaman.

Beberapa kelab Inggeris termasuk Newcastle United, Southampton, West Ham United dan Wolverhampton telah pun mengambil tindakan awal dengan melarang para pemain bersalaman sewaktu sesi latihan.

Malah ada kelab yang telah menghalang pemainnya daripada keluar negara serta melarang daripada memberikan tandatangan atau berswafoto bersama penyokong.

Beberapa kelab Eropah lain juga telah mengambil pendekatan yang sama untuk mencegah daripada virus berkenaan terus merebak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram