Tetap Mahu Ke Barcelona, Coutinho Mahu Liverpool Sisihkan Nama Beliau Dari Skuad UCL

Episod baharu bagi drama perpindahan Philippe Coutinho dari Liverpool ke Barcelona kini sudah pun tiba!

Terbaharu, pemain Brazil itu telah menyatakan hasrat agar Liverpool tidak meletakkan beliau di dalam skuad UEFA Champions League (UCL) menjelang aksi peringkat kumpulan tidak lama lagi.

Hal ini kerana, beliau tidak mahu terperangkap dalam perangkap terikat atau cup-tied dek kerana peraturan UEFA yang menghadkan seseorang pemain itu untuk bermain dengan 1 pasukan sahaja dalam kejohanan anjuran mereka pada satu-satu musim.

Jadi jika Coutinho diletakkan dalam skuad UCL Liverpool, maka beliau tidak boleh bermain untuk Barcelona di UCL jika perpindahan itu berjaya dilaksanakan.

Coutinho nyata amat mendambakan perpindahan ke Barcelona menjadi realiti, dan dengan situasi yang tidak memihak pemain itu ketika ini menyebabkan beliau dikatakan sedang mengalami kekecewaan yang teramat sangat.

Beliau dikatakan berharap agar Barcelona tidak berhenti mencuba untuk mendapatkan beliau dari Liverpool dengan mengemukakan bidaan ketiga untuk pemain Brazil itu.

Setakat ini, Barcelona sudah mengemukakan 3 bidaan yang kemudiannya ditolak oleh Liverpool.

Kelab La Liga itu dikatakan bersedia untuk membida untuk kali ke-4, tetapi setakat ini belum lagi ada bidaan rasmi dilakukan.

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Philippe Coutinho hoping interest does not fade after Barcelona sign Ousmane Dembele; http://www.skysports.com/football/news/11669/11004739/philippe-coutinho-hoping-interest-does-not-fade-when-barcelona-sign-ousmane-dembele
  2. 90min (2017): Coutinho ‘Asks to Be Left Out of Champions League Squad’ in Latest Twist to Summer Transfer Saga; http://www.90min.com/posts/5448382-coutinho-asks-to-be-left-out-of-champions-league-squad-in-latest-twist-to-summer-transfer-saga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN