Courtois Ucap Selamat Tinggal, Namun ‘Delete’ Balik Kerana Dimaki Teruk

Thibaut Courtois hari ini memuat naik hantaran (post) yang panjang lebar dan syahdu mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Chelsea di Facebook, namun ianya telah dipadam tidak lama selepas itu.

Courtois dalam ucapan perpisahannya berkata:

“Helo keluarga CFC.”

“Dengan beberapa patah perkataan ini, saya ingin menyatakan penghargaan ikhlas di atas 4 musim luar biasa yang lalu.”

“Chelsea akan sentiasa istimewa di hati saya. Saya hanyalah 19 tahun ketika menyertai kelab ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi ke atas kemampuan saya.”

“Yang pastinya, apabila kelab besar mengikuti perkembangan saya, saya anggap itu adalah satu mimpi jadi kenyataan.”

“Ketika itu saya dihantar keluar untuk membangunkan diri supaya dapat menjadi penjaga gol yang sesuai dengan Chelsea.”

“Apabila saya kembali, saya sangat gembira kerana menjadi sebahagian daripada salah sebuah pasukan terbesar di dunia. Saya memenuhi impian masa kecil saya untuk bermain di EPL.”

“Saya juga berbangga dapat memenangi 2 kejuaraan EPL, 1 kejuaraan Piala Liga dan 1 Kejuaraan Piala FA.”

“Terima kasih banyak-banyak kepada rakan sepasukan dan staf teknikal untuk 4 tahun ini, yang menjadi orang yang berkongsi kejayaan dan detik istimewa bersama saya, di dalam dan di luar padang.”

“Pasukan ini tak akan berjaya tanpa bantuan semua yang ada di dalam pasukan kepada para pemain.”

“Misalnya, pasukan perubatan, pengurus kit, dan yang lain-lain yang saya tak dapat nyatakan satu persatu.”

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas sokongan hebat anda selama ini.”

“Saya berharap anda memahami bahawa saya ingin berada lebih dekat dengan anak-anak saya adalah sebab terbesar mempengaruhi keputusan saya.”

“Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua di masa mendatang. Ia adalah penghormatan yang besar untuk menjadi sebahagian daripada Keluarga CFC.”

Penyokong Chelsea yang masih marah telah beramai-ramai mengutuk Courtois dan menggelar dia ‘ular’.

Tidak lama selepas itu, post tersebut dipadamkan dari facebook rasmi beliau. Yang tinggal hanyalah video ini:

Courtois menyertai Real Madrid dari Chelsea, persetujuan telah dicapai semalam. Courtois telah mengambil tindakan mogok, tidak melaporkan diri dan menghadiri latihan seperti yang ditetapkan.

Beliau dilaporkan terus berada di Belgium untuk menunggu Chelsea menerima tawaran Real Madrid.

Beliau melakukan perkara yang sama ketika merengek mahu berpindah ke Chelsea ketika di Genk. Selepas memboikot sesi latihan beliau terpaksa dijual ke Chelsea.

Hari berikutnya beliau berjaya mendapatkan apa beliau mahukan dan terus dipinjamkan ke Atletico Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN